Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Persediaan Berpantang Volume 3

Persediaan Berpantang Volume 3

Assalammualaikum, Sejak dah masuk 30 weeks ni, maka dengan ini segala kajian, research dan senarai semak untuk persediaan bersalin dan berpantang akan dilakukan lagi. Rasa macam belum lama buat research, mana tak nya, baru je 30 Jun 2012 yang lepas bersalinkan BabyAreef. Hehehe Tapi takpe, pengalaman berpantang kali pertama dan kedua akan cuba dikaji atau di'post-mortem kan. Hihi. Kali ini juga akan kaji balik apa yang perlu atau apa yang perlu ditambah daripada pengalaman berpantang yang lepas-lepas. Sekiranya nak baca mengenai pengalaman berpantang Mel yang lepas, BOLEH  KLIK DI SINI . Nak baca mengenai betapa peningnya nak pilih Set Berpantang  KLIK DI SINI PULA . Mel rasa kali ini Mel tak akan beli satu set lengkap Set Berpantang, because knowing myself dan bila ada newborn, kelam kabut nySer alahaiiii, udahla Mel ni memang orang yang gelabah. Maka, kali ini akan beli benda yang betul² perlu saja. MY PLANNING: PHYTONATAL NR Phytonal n

Jeng Jeng Jeng!

Jeng Jeng Jeng!

Assalammualaikum. Rasa kejam la biarkan blog kesayangan Mel ni sunyi dan sepi. Dah tak reti curi-curi masa nak update blog. Sorry ya! Banyak tau Mel nak update, tapi update yang terbesar akan dirungkaikan di penghujung post ini ya. Hehehe. Banyak sangat yang berlaku, BabyAreef membesar dengan sihat dan pantas. Tak rasa lansung, BabyAreef dah 14 bulan. Dah pandai macam-macam, pandai communicate sikit², dengar arahan, panggil Mama & Papa dan macam-macam lagi la. Bila dah dekat rumah (Mel balik kerja reach rumah pukul 6 macam tu), Mel pastikan attention dekat dia saja sampaila dia tidur pukul 9 gitu. Lepas tu, dah penat, kemas kerja rumah dan tidur juga (cuba justifikasi kenapa lama tak update blog konon). Hahaha The journey of Mel struggle bagi susu ibu dekat BabyAreef, homemade food, natural remedies, oh, too many to share! Sekarang rasa menyesal pula tak rajin nak update mengenai journey membesarkan BabyAreef. Huwaaaa. Akan update pelan-pelan lah lepas n

Bersarang Dah Blog MamaAqeel

Bersarang Dah Blog MamaAqeel

Assalammualaikum, Maaf semua, lama sangat tak update apa-apa dekat blog ni. Ada ke yang rindukan Mel? (Tak salah perasan sendiri kan?) Hihihi Mel tengah buat kerja ni tapi ingin kongsi gambar-gambar Dedek-Dedek atau BabyAreef. Areef dah 5 bulan 1/2. Dah pandai meniarap guling-guling macam tenggiling, gelak besar dah, sibuk nak hisap kaki sendiri. Sekarang dia tengah tidur, Mel dah rasa rindu nak main dengan dia. Jom layan gambar-gambar BabyAreef~~ Cover photo FB Mel Gambar masa dia genap 5 bulan BabyAreef masa 3 bulan rasanya. Oh manisnya senyuman muuu~~ Armyboy! Ikut muka Mel tak?  My favourite photo for now <3 <3 <3 Ada masa nanti Mel update lagi k. Sambung buat minit mesyuarat japs. MamaAqeel/MamaAreef misses blogging!

Ulasan Set Berpantang NR

Assalammualaikum, Rupa-rupanya ada juga kawan-kawan yang membaca dan bertanya tentang Set Berpantang yang Mel pening sangat nak pilih sebelum bersalin hari tu. Oleh itu, Mel nak bagi ulasan sikit berdasarkan pengalaman sendiri. Diingatkan bahawa ulasan ini adalah subjektif dan keserasian orang lain-lain. Jangan pula saman Mel kalau kalian ambil Set Berpantang NR tak seperti yang Mel ulaskan. Hehe Pada mulanya, Mel memang nak berpantang berhabis-habisan (konon nak turunkan berat banyak). Tapi berpantang ada baby dengan tiada baby sangat berbeza (apa ntah ayat ni, memang lah banyak beza) *tepuk dahi* Kalau BabyAreef sedu sikit, Mel dah gelabah. Bila dia muntah susu, lagi la gelabah. I was not really myself at the beginning of BabyAreef's life. Losing his older brother really took a toll on me! Memang sentiasa ketakutan. Honest! Mel nak buat pengakuan, mula-mula tu, Mel memang dah mula rasa depression, takut betul kalau meroyan. Nasib baik ada sokongan orang-orang di

Anak Keberapa?

Anak Keberapa?

Assalammualaikum, BabyAreef tengah tidur. Cepat cepat update blog! Mel selalu fikir mengenai perkara ini. Orang selalu tanya, anak dah berapa orang? Berapa orang askar dah? BabyAreef anak sulung ke? Mel sentiasa jawab, anak dah dua. Melainkan kalau orang tu tanya, anak sulung dah umur berapa? Baru la Mel jawab anak meninggal dalam kandungan waktu due, 39 minggu (dengan harapan, janganlah orang tu tanya lebih-lebih lagi) Hubby pun sama, Mel suka bila dia jawab tak teragak-agak pun. Anak dah dua. BabyAreef anak kedua.  Cuma kalau orang tanya Mami, selalu Mami jawab cucu sulung. Hmm, Aqeel cucu sulung Mami lah! Mungkin Mami malas nak menjawab kalau orang tanya kot. Sik apa Mami, kamek sik amik hati pun. Alahai, anak sulung ku sayang Baby Angel Aqeel, rindu Mama dengan kitak. Tengok muka Areef, selalu terkenang Aqeel. Mula-mula dulu, selalu tersasul panggil Areef dengan nama Aqeel. Sik apa sayang, kitak dah berbahagia di sinun. Sentiasa doakan Mama, Papa dan De

Cara Mengatasi Bayi Keliru Puting

Cara Mengatasi Bayi Keliru Puting

Assalammualaikum, Wah, buat post baru lagi. BabyAreef masih tidur lagi, ntah apa yang dia penat sangat tu. Puas menyusu kot. Mel buat post ini untuk menyelamatkan mana-mana ibu yang mengalami bayi keliru puting atau Nipple Confusion/Nipple Preference.  Mel memang niat suci dan murni bercita-cita untuk Fully Breastfeed BabyAreef. Tapi tak sangka yang Mel alami komplikasi sedikit sehingga tak dapat angkat untuk hari pertama di hospital. Sob sob. Dan Mel lupa nak pesan kepada Nurse jangan bottle-feed baby (yang ini Mel menyesal tak sudah). Hospital swasta ni kononnya nak bagi si ibu berehat. Lain kali Mel tahu la nak pesan siap-siap jangannnnnn diberi botol baby ku! Akibatnya, BabyAreef refuse breast. Huwaa! Setiap hari Mel cuba tapi dia akan menangis tak ingat dan sebab tak sampai hati, bagila susu formula dalam botol. Susu Mel pun betul-betul keluar pada hari ketujuh. There are so many things that I wish I can change or I knew earlier. I wish I have the guts to

Follow @mamamelshoppe