Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

When I'm in great pain, I refer to this.


I keep coming back to Nurul's (my cousin) Facebook wall to read this. Might as well writing in my blog for easy reference ;)


Riwayat:

(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Kategori:

Akidah

Hadith:

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:


Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:Ya. Allah bertanya lagi: Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya? Malaikat menjawab:Ya. Allah bertanya kali ketiga:Apakah kata hamba-Ku?Malaikat menjawab:Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali. Allah Ta'ala memerintahkan malaikat-Nya:Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ˜Rumah Kesyukuran'.


Huraian Hadith:

1. Apabila keimanan seseorang itu sudah kukuh dan mencapai kedudukan yang istimewa, pasti segala kejadian dan musibah yang terjadi, menjadi kecil pada dirinya.


2. Dia menyerahkan segala yang menimpa kepada Allah S.W.T tanpa merasa bimbang, kecewa dan sedih bahkan menerimanya dengan perasaan yang tenang dan sabar. Dengan perkataan lain, dia redha terhadap qada' dan tunduk terhadap takdir Allah S.W.T. Inilah sifat yang harus ada pada seorang mukmin yang sebenar.


3. Tidak dinafikan bahawa kesabaran itu amatlah berat, namun terlalu besar ganjarannya jika mahu dibandingkan dengan ujian-ujian yang lain. Hal ini termasuklah kesabaran seseorang itu di atas kematian anak kecil mereka di mana pada hari akhirat kelak ia akan menjadi suatu syafaat (mudah mendapat keampunan Allah) buat mereka yang menjadi ibu bapanya.


*pada masa-masa sukar, especially when I'm really down, I read this up and find peace..*


Mama Aqeel

QuickEdit

You Might Also Like

1 comment:

  1. My eyes is like the well of tears when read something like this Mel, rasa redha n rindu n at the same time ujian² dr Allah makes me strong n wanna be better personally. Semuanya rahsia Allah, kita mesti bersangka baek :-) inshAllah..

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe