Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Happy 1st Anniversary Abang Sayang


Assalammualaikum,

Pada tarikh ini satu tahun yang lepas, Abang Adha telah diijabkabulkan dengan Amelna. 20 Mac 2010. Mas kahwin 1 dinar emas. Terasa seperti sekejap sahaja berlalu, tak sangka dan mencecah satu tahun usia perkahwinan kami.



Mel kenal Abang sejak tahun 2001 lagi, 10 tahun lepas. Masa itu zaman chat MIRC. Kami berdua chatters tegar. Hehehe. Dan sejak itu suami telah menjadi abang angkat Mel. Tup tup jadi abang terangkat pula kan? Kalau jodoh tu memang jodoh juga, kami berkawan rapat on and off tapi pada tahun 2009 kami betul-betul serius dan bertunang pada 1 Mei 2009. Cepat-cepat Abang ikat tali pertunangan sebab Mel kena pergi berkursus 7 bulan di INTAN. Tapi mana mungkin hati terpikat dengan orang lain, di hati hanya ada Abang Adha yang satu. Chewah! Jiwang!

Hanimun di Kota Kinabalu, Sabah

Banyak yang telah kami lalui sejak satu tahun berkahwin. Selain daripada Mel mengandung dengan baby angel Aqeel selepas 3 bulan berkahwin, Abang telah berjaya membuka kedai baru Freeway Design. Mel sangat bangga dengan Abang kerana semua ini hasil daripada titik peluh dia dari zero. Dulu-dulu Abang pernah jatuh, tetapi dengan gagah bangun semula. Semoga Abang sentiasa berjaya dan dimurahkan rezeki. Amin.


Mel memang bersyukur mempunyai suami seperti Abang yang sanggup berkampung di Hospital semasa Mel ditahan di wad dan tak tidur malam semasa Mel sakit bersalin dan mengurut Mel sepanjang masa. Mel nampak yang Abang tertidur duduk semasa Mel tengah sakit-sakit tu. Abang tak putus-putus bimbing Mel baca selawat, istighfar dan mengucap masa sakit nak bersalin.

Abang actually coached me to give birth, he coached me to take long deep breath and when the contractions come. just push. I think if I am all alone, most probably I will end up with a lot of tears down 'there' because I cannot control the pain and my breathing. The midwife and the doctor just leave me on the bed and said "If you have the urge to push, just push" and did not coached me how to push or breath. Mentang-mentang la my baby angel is already gone, they did not attend me properly. (Atleast, that is my opinion) Until today, I still remember how my Abang whisper to my ears during in the labour room.

This experience of losing our baby has made us really close to each other and more loving. Sorry Abang because I have become extra clingy, extra manja. Maybe after some time I'll be okay. Just continue to support me as I will try my very best to support you too. I will not be so much of a crybaby, okay?

Mel doakan yang jodoh dan kebahagiaan kami suami isteri kekal sehingga ke hujung hayat kami. I want to grow old with you, with our children (insyaAllah) and with our grandchildren (insyaAllah). Moga-moga kita dimurahkan rezeki diberikan kesihatan yang berpanjangan. AMIN.

Happy 1st Anniversary Abang Sayang!


MamaAqeel loves PapaAqeel so much!
QuickEdit

You Might Also Like

4 comments:

  1. happy anniversary syg :) makseh puji2 melambung.. yalah untung dolok2 pernah jadi PBSM hahaha...

    ReplyDelete
  2. happy anniversary mel..moga dimurahkan rezki dan trus berbahagia di sisi suami tercinta..

    ReplyDelete
  3. to mell and Deha..hope belum lambat nak wish happy annivesary..semoga ikatan kekal hingga ke ahir hayat.doa kmk semoga ktk duak di murahkan rezeki dan sentiasa dilimpahi rahmat dariNya..

    ReplyDelete
  4. Abang: ngegeh kitak ya Abang, sayang ahli PBSM ku sorang tok..ehehe

    Ashra & Kak Yus: thanks a lot for your wishes. I wish the same for u too ;)

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe