Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Kuat Kuat Kuat!


Assalammualaikum,


Terlalu banyak 'triggers' atau pencetus for my breakdowns sehari dua ni. Mungkin hati masih perlu dipujuk untuk lebih bersabar dan redha dengan segala nya. Tapi hati seorang ibu tanpa anaknya di sisi, bagi Mel amat sensitif. Maybe for now.

Baby angel Aqeel telah pergi 19 hari. I really hope time heals. Mungkin nanti kalau dah pergi kerja balik, confirm busy gila. Kadang-kadang nak pergi tandas pun tak sempat kalau dah kat ofis tu :P

Anyway, ramai kawan-kawan dah melahirkan baby mereka. Alhamdullilah semua nya selamat. Tapi to be honest, hati Mel terusik juga. From what I read in the support websites for surviving stillbirth and infant loss, it is normal to feel angry, jealous and envy with people with new babies. Semalam, the BIG 'trigger' for me is when I heard my neighbour's doa selamat for her new baby. Her baby is a month older that baby angel. Mel tau Mel kena sabar banyak-banyak dan redha dengan ketentuan-Nya, tapi hati Mel masih juga terusik.

Mel terus sms hubby, just untuk luahkan perasaan. He said, "Sabarlah sayang, masa kita gik ditangguh dolok. InsyaAllah ada la klak k. Sabar banyak-banyak. Boh sedih-sedih k, kelak kamek riso klak". Sorry la abang, sayang bukan nya bersedih-sedih, just nak luahkan perasaan. Kadang-kadang memang tak boleh nak tahan perasaan ni.

Tapi petang semalam Mel chat dengan kawan Mel yang mengalami stillbirth juga untuk anak pertama. Banyak nasihat yang dia berikan. Lega juga rasanya dapat berkongsi cerita dengan dia. Sekarang dia dah pregnant lagi. Mel doakan pregnancy dia berjalan dengan lancar dan dikurniakan baby yang sihat dan comel macam dia dan suami dia ;)

Banyak lagi nikmat yang perlu disyukuri daripada meratapi nasib dan bersedih kan? Mel bersyukur sebab ada keluarga yang sangat sayangkan Mel. Suami yang sangat baik hati dan sanggup buat apa saja nak buat isterinya happy. Jadi, I need to be strong for him too! And I have my lovely supportive friends surrounding me. Nikmat kesihatan, nikmat rezeki and the list goes on. Alhamdullilah ya Allah ;)


This is my little sister, Anum Khadijah yang selalu menemani dan menghiburkan hati Mel.
Love you Anum!



Mama Aqeel yang KUAT!
QuickEdit

You Might Also Like

No comments

Post a Comment

Follow @mamamelshoppe