Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Sabar dan Bersyukur lah Selalu


Assalammualaikum,


Nasib baik kita berada di era moden, di mana semuanya kita boleh surf di Internet. Mel habiskan hari-hari berpantang dengan membaca pelbagai info mengenai stillbirth, pengalaman parents lain yang alami perkara yang sama, amalan berpantang, and untuk tenangkan jiwa: mengenai betapa pentingnya bersabar dengan ujian Allah s.w.t.


Mutiara Hati untuk hari ini ;)

Setiap orang Islam hendaklah sentiasa berikhtiar dengan penuh hikmah, mengikut syariat Islam, untuk mengatasi ujian yang menimpa dan supaya tidak berulang lagi pada masa depan. Elakkan daripada perasaan sedih, mengeluh, putus asa atau kecewa ketika berdepan dengan ujian Allah, sehingga sanggup menyalahkan takdir.

Seharusnya banyak bersabar dan mendekatkan diri kepada Allah, itulah penolong yang sejati seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 45)

Kita juga perlu insaf bahawa apapun ujian atau cubaan, semuanya menunjukkan bahawa Allah memelihara hamba-Nya supaya ingat selalu kepada-Nya. Seterusnya bagi orang kuat imannya, ia sangat berbahagia apabila berdepan dengan cubaan Allah kerana itu satu cara Allah menghapuskan dosa seseorang itu, jika dihadapinya ujian dengan kesabaran tinggi dan penuh keimanan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

*source: http://nurjeehan.hadithuna.com/2008/06/sabar-hadapi-ujian-dijanjikan-syurga/


Subhanallah, Mel percaya ujian ini diberikan kepada kami kerana Allah masih sayangkan kami. Mel mesti redha dan sabar dengan ujian ini. Mana tau sebenarnya ujian ini adalah untuk menghapus dosa. Terima kasih baby angel Aqeel, Mama rasa lebih dekat kepada Allah. Mungkin ini hikmah daripada segala kejadian ini.

Sekarang ni, Mel tengah tengok cerita Qaisy & Laila lakonan Fazura, Jehan Miskin dan Umie Aida. Cerita ini berkisarkan kisah Fazura yang menjadi sukarelawan di bumi Afghanistan. Tadi ada babak kanak-kanak berebut makanan sehinggakan makanan yang jatuh ke tanah pun mereka berebut lagi. Kalau kat Malaysia ni, orang kita mati sebab terlebih makan. Satu lagi perkara yang kita mesti bersyukur,

Satu lagi babak tadi, kanak-kanak bermain di mine field, lapangan periuk api. Dihalau pun mereka degil sebab sebenarnya kanak-kanak itu sedang mencari serpihan besi periuk api untuk dijual kerana perut yang sangat lapar. Ya Allah, syukur dengan nikmat yang tidak terhingga di bumi Malaysia yang aman. Makan pun sampai gemuk. Mel doakan rakyat-rakyat di Afghanistan, Palestin dan mana-mana negara Islam yang sedang berperang kerana kebenaran Allah yang mengalami dugaan dan ujian Allah ini dilindungi dan dijanjikan Syurga oleh Allah s.w.t.

Banyak benda yang Mel bersyukur di dalam kehidupan ini. Alhamdullilah ya Allah ;)



Mama loves you very much Baby Angel, Abang Aqeel.


QuickEdit

You Might Also Like

No comments

Post a Comment

Follow @mamamelshoppe