Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Tribute to Tan Sri P. Ramlee


Assalammualaikum,



Hari ini Mel nak tulis mengenai pendapat Mel mengenai kisah hidup dan perjuangan arwah Tan Sri P. Ramlee. Bukan apa, sejak Mel berpantang ni, setiap hari pukul 10 mesti ditayangkan cerita P. Ramlee di Astro Prima. Memang tak jemu menonton filem-filem klasik lakonan beliau.


Tapi, apa yang membuatkan Mel tergerak nak cari maklumat dan kisah hidup P. Ramlee adalah disebabkan Kak Saloma (pembantu yang jaga Mel berpantang, nama kakak tu pun diberi oleh ayahnya yang minat P. Ramlee) banyak menceritakan sedikit sebanyak kisah P. Ramlee seperti siapa isteri P. Ramlee selain Saloma, Saloma sebenarnya janda A.R Tompel dan macam-macam lagi. Jadi hari ini satu hari suntuk Mel baca mengenai P. Ramlee. Mel juga cari dokumentari P. Ramlee @ History Channel arahan Suhaimi Baba di Youtube.

Di sini Mel bukan nak cerita balik mengenai kisah beliau tetapi meluahkan perasaan terkilan kerana pada penghujung hayat dan zaman kejatuhan P. Ramlee, beliau seperti dipinggirkan, disisihkan dan dilupakan begitu sahaja. Hanya selepas beliau meninggal, baru lah kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Tun Dr. Mahathir mengangkat beliau dengan menamakan Jalan Parry sebagai Jalan P. Ramlee dan macam-macam lagi usaha lain untuk memperingati P. Ramlee. Rakyat Malaysia pun macam tu juga, bila beliau dah tak ada baru nak ingat dan memperagungkan P. Ramlee semula.

Percayakah anda yang P. Ramlee pernah di 'boo' ketika dijemput untuk membuat persembahan semasa zaman kejatuhannya?

Beliau terpaksa menyanyi di majlis kahwin kerana perlu menyara keluarganya?

Perkara yang paling Mel kesal ialah sikap kaum Melayu (yang sangat tipikal dan berlaku selalu) yang suka menikam dari belakang, menjatuhkan orang lain sebab sikap dengki, dan mudah lupa diri bila dah berjaya. Satu lagi ialah kekurangan Financial Knowledge, tak menyimpan ketika banyak duit banyak dan akhirnya kesempitan ketika susah.

** Ya Allah ya Tuhan ku, jauhkan la diriku, keluargaku dan sahabat handaiku daripada sifat-sifat dengki, riak, tinggi diri, alpa dan sikap memburukkan orang lain**

Reminder to self too..

Biarlah kisah hidup P. Ramlee menjadi teladan kepada kita semua. Memang menjadi lumrah hidup manusia, ketika masih ada atau masih hidup, kita mudah melupakan tetapi ketika sudah tiada baru terhegeh-hegeh nak menyesal atau teringat-ingat.

I cried during the search of P. Ramlee stories. I'm such a cry baby. Addicted to sad things nowadays.

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.



MamaAqeel


QuickEdit

You Might Also Like

No comments

Post a Comment

Follow @mamamelshoppe