Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

What is Stillbirth?


Assalammualaikum,


Apa itu stillbirth? Stillbirth boleh disamakan dengan intrauterine death (IUD). Sebelum baby angel disahkan tiada, ketika Mel mengandung atau sebelum nya, tak pernah dengar pun atau tahu pun ada itu stillbirth. Teringat lagi, ketika di hospital semasa menunggu untuk melahirkan baby angel, semua doktor dan nurse kat maternity wad akan berbisik, "She's an IUD patient". The doctors and nurses are so kind at me. Of course they would, I'm in a very fragile patient at that moment.

A stillbirth occur when a baby angel died in the uterus after 20 weeks. Dan paling mengejutkan most of stillbirth cases at at fullterm! Maknanya mama-mama baby angels sedang menunggu nak melahirkan. Biasanya kes-kes sebegini, ibu-ibu akan melahirkan secara normal kerana tidak perlu untuk pembedahan secara cesarean kerana tidak lagi membahayakan baby. Cuma kalau membahayakan kesihatan si ibu, baru pembedahan cesarean dilakukan.

Tetapi kebanyakkan kes, si ibu akan di induce untuk mengesa kelahiran ataupun menurut doktor Mel haritu, selepas 2 minggu, contraction akan datang dengan sendirinya. Tetapi jasad baby angel akan jadi lain, sebab dah lama dalam perut ibunya. Hmm, apa-apa pun doktor akan beri pilihan dan nasihat yang terbaik untuk si ibu.

Mana tak luluh hati dan perasaan, especially for first pregnancy, kebanyakkan persiapan dan disiapkan untuk baby angel masing-masing dan harapan orang tersayang di sekeliling untuk menyambut kelahiran. Seperti myself and husband, dah sediakan segalanya untuk baby angel. Tiap-tiap hujung minggu pergi jalan-jalan cari barang untuk baby. It was like our hobby. InsyaAllah, kalau diberikan rezeki lagi oleh Allah, barang-barang itu semua boleh digunakan untuk adik baby angel Aqeel. Susu dan pampers, husband dah sedekahkan kepada kawan dia.

Dalam keluarga Mel ada dua kisah stillbirth. Cucu pertama sebelah family ayah pun meninggal disebabkan stillbirth. Anak kepada my Pak Ngah & Mak Ngah. Sepatutnya my angel cousin, berumur 30 tahun, tahun ini sebab mami cerita yang baby angel tu dilahirkan pada tahun 1981. Kisahnya pun terjerut tali pusat di leher. sob sob sob!

Yang kedua adalah 2nd baby kepada my husband's cousin. She lost her baby girl at 8 months. Kak Aiza took her time to tell me her experience when she come visiting me. Kisahnya, dia tiba-tiba alami high blood pressure and it stressed her baby. I really understand her feeling. She now have another baby girl after her baby angel stillborn selain anak sulung dia.

Mel ada membaca, pengalaman stillbirth sangat susah diterima atau dilalui kerana sebab-sebab berikut: (Mel rumuskan sendiri daripada semua pembacaan)

  • Kelahiran bayi adalah sesuatu yang sangat tidak pasti. Kita tak tahu lagi macam mana rupa baby, keadaan baby but in the same time we have imagined, outlined rest of our life with the baby. When something like this happens, impian tiba-tiba musnah. Kegembiraan bertukar menjadi duka.
  • In an ideal world, a parent should not outlive their children. No parents are prepared for a child's death.
  • Sedih hendak hadapi orang-orang di sekeliling especially keluarga yang mengharap, kawan-kawan yang tahu kita pregnant.
  • Kemungkinan besar sebab perasaan yang shocked, tidak bersedia dengan hakikat anak yang dikandung sudah tiada, dan tidak akan ada kesempatan untuk menjaga dan menyayanginya.
Tapi apa-apa pun, semoga masa boleh mengubat semuanya. Mel cuba live my days one at the time. Cuba sibuk kan fikiran dengan benda-benda lain. Mel percaya yang ini semua ketentuan yang Esa. Baby angel Aqeel pun pasti sudah berbahagia di sana.

Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:


“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”


Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:

“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”



Oleh itu, haruslah Mel banyak bersabar dan bersabar.



Mama Aqeel

QuickEdit

You Might Also Like

3 comments:

  1. Be strong mel. Always remember, things happen for a reason =)

    mel kuat bah =)

    ReplyDelete
  2. tedah kitak Mel. Al-Fatihah.
    and thanks for sharing this with us, blogger :)

    ReplyDelete
  3. yeah...be strong k...i am avid fan of ur blog now...:) keep on blogging..it's a good way to express ur feeling...:)

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe