Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

1st Day At Work After Longgg Holiday


Assalammualaikum,


Hari ini Mel kembali bertugas. Rasa macam budak yang nak masuk sekolah hari pertama. Rasa nervous pun ada, rasa malas pun ada, rasa tak sabar nak kerja balik pun ada. Yang Mel paling tak suka nak tempuhi ialah perbualan pertama daripada kakitangan / kawan-kawan sekerja. Tapi setakat setengah hari ini, semua orang tanya Mel apa khabar instead of talking about my baby. So far so good.

Pagi tadi masuk-masuk kerja je terus masuk meeting. Aduh, akibatnya melopong juga la, dahla kena ambil minit mesyuarat. Staff Mel tak sabar-sabar nak serahkan tugas ambil minit mesyuarat tu. Tapi bagus juga, masuk meeting tu, tak payah nak sibuk-sibuk lapor diri kat bos-bos yang Mel dah kembali bertugas. Banyak betul benda baru padahal baru 2 bulan bercuti.



Ambil minit adalah tugas yang paling Mel tak gemar ;P


And paling untung sekali, Mel masuk kerja selepas Pilihanraya Negeri Sarawak! Kalau tak menangis juga buat kerja kot. Mesti busy dan pening kepala.

Selepas meeting tadi, seorang rakan sekerja Mel datang berjumpa sebab dan bincang pasal kerja dan bertanya khabar Mel. Dia bercerita yang ada pasangan staff kami di satu daerah di Sarawak ni kehilangan baby mereka. Disebabkan lemas ketika bersalin. Mel paling tak suka cerita mengenai kematian newborn baby ok! Innalillah wa innalillahirajiun. Takziah kepada pasangan tersebut. I really know how it feels.

...Dan, ramai rakan sekerja bertanya mengenai pengalaman Mel kehilangan baby angel Aqeel. What happened? Mel kuatkan diri bercerita dengan muka yang sangat GAGAH! Banyak kali rasa nak menangis, tapi dapat tahan. Mata setakat bergenang sahaja. Cepat-cepat Mel atau rakan tukar topik.

Anyway, tengah hari tadi En. Hubby call tanya how's my first day at work and ajak keluar makan. Yay! Sangat happy sebab memang tersangat lapar pun. Tak sempat nak breakfast sebab lambat pergi kerja pagi tadi (hari pertama la katakan, tak sempat adjust masa lagi), masa meeting tadi pun makan kuih karipap dan teh susu je. Tak payah nak fikir lunch kat mana hari ini. Hari ini Mel lunch nasi dagang. Nyums! Alhamdullilah. Thanks Abang Sayang~

Petang, ada meeting seksyen pula. Macam-macam event, perkara, benda-benda urgent pula nak kena buat dalam masa terdekat. Haih~ Tak menyempat nak duduk sekejap dan adjust balik mood bekerja. Go Go Go!

Setakat ini sahaja laporan setengah hari bekerja pada hari ini. Petang nanti selepas kerja cadangnya nak join gym dengan En. Hubby. Kami sama-sama terlebih chubby sekarang ni.Harap-harap dapat kekalkan semangat nak bersenam dan hidup secara sihat! Hahaha. All the best myself!

Mama yang sangat sayang dengan Aqeel = MamaAqeel ;)

QuickEdit

You Might Also Like

1 comment:

Follow @mamamelshoppe