Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Bila Kepiluan Melanda


Assalammualaikum,


Dah dua hari Mel rasa sangat hiba dan pilu. Bangun pagi tadi kembang juga mata. Dalam seminggu ni kembali berkerja Mel rasa okay je. Balik kerja, tunggu Maghrib terus pergi ke gym dengan Hubby. Balik penat, terus tidur. Itu rutin untuk 4 hari lepas. Jadi rasa sibuk, tak sempat nak fikir sangat.

Tapi..

Semalam staff Mel datang minta luluskan cuti. Dia mohon cuti hari Selasa nanti. Hari ini (Jumaat), cuti Good Friday. Staff Mel ini ada relation juga dengan Hubby Mel. Kira Mak dia dan Mak Mertua Mel rapat la.

Me: Nak minta cuti bila?

Staff: Hari Selasa minggu depan.

Me: Kenapa tak alang-alang ambil cuti hari Isnin, dapat hujung minggu panjang.

Staff: Errr, nak bawa bini pergi klinik. (Macam nak tak nak jawab)

**Terus Mel tahu yang mesti isteri dia berisi. Mereka kahwin awal lagi dari kami, dan Mak Staff ni selalu cerita kat Mak Mertua Mel yang Isteri Staff ni tak berisi lagi, tak macam kami berdua.**

Me: Oo..wife berisi ka?

Staff: (Dengan muka tak best) Aah, dah dekat 2 bulan.

Me: Tahniah ye, cakap ngan isteri tahniah juga.

Tapi selepas itu, datang sedih yang tak terhingga datang. Nasib baik dia datang mohon cuti dah dekat waktu nak balik kerja. Mel sedih sebab Staff Mel macam rasa bersalah nak terus terang yang isteri dia mengandung. Padahal kami saling mengenali. Atau sebenarnya Mel rasa cemburu sangat sebab isteri dia mengandung. Sepatutnya kami ada baby juga. Tapi itu pemikiran orang yang tak bersyukur dan redha dengan ketentuan-Nya.

Mel banyak termenung petang tu. Balik rumah, Hubby tengok Facebook dan beritahu yang salah seorang kawan dia baru jadi Ayah. Macam kena tamparan, sebab masa sedih ni dengar lagi pasal newborn baby. Tak pasal-pasal banjir. Terus Hubby ajak solat Asar dan baca Surah Yassin selepas tu. Masa tu masih tak berenti lagi banjir.

The next day..

Pagi tadi dalam kereta, keluar pula lagu Terlalu Istimewa nyanyian Adibah Noor. Aduh, lirik lagu dia sangat meruntum jiwa.

"Terkilan rasa jiwa, ingin ku lihat mu dewasa, apa daya, Tuhan lebih menyayangimu"

Banjir lagi..

Rasanya perasaan sedih ini memang akan melanda sekali sekala. Mel kan manusia biasa, seorang wanita, seorang ibu tanpa anak nya disisi. Please don't blame me for being sad once in a while. This pain is unbearable. How can you heal from this? Apa yang Mel boleh buat, terus bersabar dan terus redha.

I am a mother. I am Abang Aqeel's Mama. Only the difference is, he is now in a better place. He's too beautiful for the world. And Allah loves him more.


MamaAqeel yang congek!
QuickEdit

You Might Also Like

1 comment:

  1. sabo ye mel..
    saya fhm benor mel rasa..mel lagi besar dugaannya banding saya yang ada aleesya.

    insyallah mel..saya doakan mel mudahan murah rezkinya..Allah tu maha kaya.allah sayang kita.allah nak kita trus minta dan minta,kerana itu akan dekat kan kita padaNYa

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe