Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Semangat Nak Bersenam?


Assalammualaikum,


Mel sekarang nak mulakan azam baru, nak cuba turunkan sikit berat badan sebab semasa mengandung dulu naik sampai 15kg! Sekarang baru turun 9kg je. Lagi 6kg masih kat badan ni. Sedih je tengok baju-baju, seluar dan pakaian-pakaian yang dah tak berapa muat (tak berapa konon, memang tak muat dah.) Even cincin kahwin pun tak muat pakai ok! Sedih nya!

Tengok! Sampai situ je boleh pakai cincin. Perasan tak jari manis tu macam dah nak biru sebab darah tak jalan ;((

Oleh yang demikian, mari kita mulakan azam baru untuk bersenam dan jaga permakanan. Kena bergerak cergas. Kalau masa Mel berkursus 7 bulan dulu, selalu jogging dengan kawan-kawan. I actually enjoy jogging/running, tapi kalau dah ada stamina la. Mula-mula nak start ni memang susah. Chaiyok-chaiyok myself!

Petang tadi pergi ke The Spring, nak cari kasut sukan baru. Nak bakar semangat. Lagipun kasut sukan yang elok sangat penting kalau tak nak sakit kaki semasa bersenam. Dan jodoh kasut sukan untuk tahun ini adalah kasut seperti di dalam gambar di bawah. Nasib baik ada diskaun ;)
Mel harap yang semangat untuk bersenam tak hangat-hangat tahi ayam. Sebab, kalau boleh nak turunkan berat sebelum cuba mengandung balik. Tak nak la nanti tersangat 'sihat' the second time around. InsyaAllah, yang penting mesti berusaha kan?


MamaAqeel sayang sangat dengan Aqeel
QuickEdit

You Might Also Like

2 comments:

  1. CHAIYOK2!... kmk paham perasaan sedih ya...nangga baju dah sik muat... kmk sama juak... nampak jak gik slim..tapi dah makin kembang...huhu

    ReplyDelete
  2. Aie mena ka sis Emmie..maka kitak slim ada jak. Tapi menar juak, kamek masa selepas kawen dolok Fasa pertama badan mek nait, lepas ya bok pregnant. Mun diikutkan, total nait selepas kawen+pregnant 20kg! Dasyat! Hehehe

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe