Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

My Baby Angel Dah 4 Months


Assalammualaikum,


Hari ini bertarikh 16hb Jun 2011. My baby angel sudah 4 bulan. Dah besar sepatutnya anak Mama. Kalau ikutkan, baby 4 bulan dah pandai keraskan diri untuk duduk kan? Tapi belum boleh duduk sendiri. Agaknya makin handsome tak baby angel Aqeel. Mel cuma tahu yang hidung Aqeel tinggi macam Papa nya, sebab pernah nampak dalam scan dulu.

Kadang-kadang Mel rasa tak percaya yang Mel pernah mengandung 9 bulan. Sebab sekarang masih hidup berdua dengan Hubby, macam couple baru kahwin pun ada. Ke mana-mana pun sentiasa berdua saja. Kadang-kadang rasa pengalaman lepas macam mimpi. Tapi bila teringat balik, terkenang hari-hari terakhir hayat baby Aqeel dalam kandungan Mel, macam mesin automatik boleh mengalirkan air mata.

Mel tak tahu la kenapa kebelakangan ni memang rasa sedih sangat. Mungkin disebabkan 2nd possible pregnancy yang lepas telah memberi tamparan bagi Mel. Kalau termenung di ofis pun boleh bersedih. Nasib baik staf-staf tak perasan pun Mel sedih atau menangis kadang-kadang tu.

Semalam cakap kat Hubby yang hari ni 16hb, 4 bulan dah. Seperti biasa, my darling hero will comfort me with positive thinking. "Bukannya kita sik ada anak, anak kita tunggu rah syurga nun" dan banyak lagi ayat-ayat macam tu. Then I just change the topic, tak nak sedih-sedih depan Hubby ;)

Tadi Mel surf kat Google Image nama anak Mel tu, Abang Aqeel, Nak tengok macam mana rupa baby-baby or kanak-kanak yang bernama Aqeel. Haih, it sounds crazy kan? Kalau tengok baby boy, selalu tertenung lama-lama sampai parents dia perasan. Malu juga kadang-kadang, mesti diaorang fikir pelik orang ni, usha semacam je. Huhuhu.

Apa-apa pun, Allah pilih kami berdua suami isteri untuk terima ujian sebegini mesti ada sebab dan insyaAllah ada hikmahnya. Again, the thinking that I have learned, Allah work in mysterious ways.

Anyway, Papa dan Mama love you so much Abang Aqeel. Till we meet again at the end.


MamaAqeel yang kerinduan
QuickEdit

You Might Also Like

5 comments:

  1. min@mama dhia farhahJune 16, 2011 at 11:34 PM

    Mmg bkn mudah kita nk ingat tnpa air mata...Min td husband pergi ke kedah (min tinggal di ipoh), tak pasal2 mengalir air mata sbb sblm ni kalau abah dhia pergi mana2 ada la dhia dok temankan min walau dlm perut tp masih blh sembang2 ngan dia kan?Tp skrg?Mujurlah ada anak sedara yg tinggal berhampiran, kalau tak ntah la...Redha tapi hati sayu..camno tue?hehe...

    ReplyDelete
  2. speecless..
    buat mel dan min...

    berat mata memandang,berat bahu memikul.
    sedih dapat saya rasakan..tapi hanya doa buat kalian,mudahan rahmat di sebaliknya besar nilainya nanti..

    mudahan kita semua murah rezki lagi ye..

    ReplyDelete
  3. semoga kite dikurniakn rezeki dan kebaikan yg berganda-ganda.. rina pn tak boleh sendiri.. automatik akn tringt pd aleesya dan mengalir air mata.

    ReplyDelete
  4. Min: Sorry to hear that. Baby Dhia 'pergi' haritu dah berapa bulan? Kalau Min nak share cerita atau nak berbual dengan Mel, email k? amelna.anuar@gmail.com

    Ashra & Rina: Mudahan besar hikmahnya bagi orang yang bersabar kan. InsyaAllah

    ReplyDelete
  5. 4hari jer beza baby kita kan...
    Mine was 1202. Dah 4bln jugak~

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe