Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Cuaca Hujan Lebat


Assalammualaikum,


Kat Kuching sekarang ni, cuaca hujan lebat. Sekarang rasa sangat sejuk. Tapi macam itu juga perasaan Mel sekarang ni. Sedih sangat-sangat mengenangkan apa yang berlaku pada tahun ini. Tapi dalam bersedih ni, terfikir juga yang kalau benda ni tak berlaku, takkan menyebabkan benda-benda lain berlaku juga.

Seperti, sekarang Mel ada blog, ada rakan-rakan blog yang best-best. Mel menjadi rapat dengan beberapa kawan yang pernah mengalami pengalaman yang sama.

Mel menjadi seorang yang sangat bersyukur dengan nikmat Allah yang ada, yang dikurniakan kepada Mel. Bukan sebelum ni tak bersyukur, tetapi mungkin tak seperti sekarang. Pengalaman ini betul-betul menginsafkan diri kan?

Pada Mel, semua orang di dunia ini diberikan dugaan, dengan cara Allah yang tersendiri. Yang kaya-raya itu, diberikan dugaan kesenangan yang amat, adakah mereka bersyukur dan menjalankan hidup atas jalan Allah? Yang senang-senang dapat anak tu, pun diberi dugaan, mungkin dengan karenah menjaga anak, ataupun mencari nafkah yang cukup untuk keluarga. Yang hidup susah tu, mungkin diberi dugaan tak berduit, tapi bersyukurkah dengan nikmat kesihatan tubuh badan dan kurniaan Allah yang lain-lain?

Semua orang akan diberikan ujian dan dugaan. Mel percaya ini adalah cara Allah mendekatkan kita kepada Nya. Ertinya, Dia tidak lupa kepada kita semua.

Ntahla, apa yang Mel membebel ni. Ini lah terjadi kalau cuti tak buat apa-apa. Hehehe. Rindu sangat dekat baby angel Aqeel kot.


MamaAqeel sayang kat Aqeel sampai bila-bila!
QuickEdit

You Might Also Like

6 comments:

  1. melna dear, be strong k.sabar byk2.mbak istighfar.kelak2 coba lagik insyaAllah.
    take care aaa :)

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan...
    A friend suggest blog ni to me...
    & kita serupa...
    We are strong~ Insya Allah

    ReplyDelete
  3. yang berlaku tu ada hikmahnya kan..
    baik ada anak,baik belum ada anak,baik anak baru sorang. =)

    mudahan2 allah gandakan ganjaran bagi orang2 yang bersabar..

    (ye..thn ni thn sedih saya juga!..)... =(

    ReplyDelete
  4. Tiada satu hari pun berlalu tanpa kita lupakan si kecil yg pernah berkongsi segalanya dgn kita
    Kita IBUnya..kita akan sentiasa mengingatinya
    Semoga kita KUAT dengan kehilangan ini

    ReplyDelete
  5. Fieza: Thanks a lot k? ;)

    Ashra: TQ Ashra sebab selalu sama-sama tabah with me. Kita kena juga harungi tahun ni dengan sabar. Mudahan tahun hadapan tahun yang gembira untuk kita dan kawan-kawan lain ;)

    Adlilatun Nur & Mrsboxz: This is a vicious way to know people, thru grieving websites of our baby angels. Semoga kita semua kuat dan tabah k. Nice to know you ;)

    ReplyDelete
  6. semua yang berlaku ada hikmahnya..salam perkenalan...

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe