Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Discaj Gynea Clinic


Assalammualaikum,


Mel just nak share mengenai temujanji Mel dengan Klinik Pakar O&G hari ini. Jumpa Doktor Pakar pun sebab nak tengok result darah Mel. Dia suruh uji 3 jenis test hari tu. Lebih kurang macam ni la perbualan kami tadi.

Doktor: Hmm..nampaknya semua result OK la.

Me: Alhamdullilah la Doktor. Bagus la kalau tak ada apa-apa. (takkan nak harap tak OK kot? eyy Doktor ni)

Doktor: Semuanya OK puan. Jadi kita conclude yang IUD baby, unexplainable. (tak apa, Mel dah tau dah)

Me: Alright. So, macam mana lepas ni Doktor?

Doktor: Jadi kalau mengandung lagi nanti, pergi daftar kat KKIA dan minta nurse refer kat Klinik Pakar ni. Selepas 12 weeks, kena makan aspirin.

Me: Ok, selepas 6 bulan oh Doktor?

Doktor: Haa, 6 bulan apa?

Me: Nak cuba lagi laa.

Doktor: Haa, boleh cuba selepas 6 bulan. Jadi, semua OK, puan discaj hari ini ya.

Yay! Discaj daripada Klinik Pakar. Alhamdullilah tak ada apa-apa yang tak OK pada Mel. Tak payah nak pergi Hospital lagi sementara ni. Harap-harap pergi lagi another 2-3 months nanti, untuk tujuan yang lain pula. AMIN

Masa balik dari kerja tadi Mel cerita la dengan Hubby. Syukur kepada Allah katanya. Mel yang sengal ni pun tanya dia, kenapa la baby boleh terjerut tali pusat, baby orang lain OK je. Hubby cakap, dia tak boleh jawab soalan bonus Mel tu. Dah pun ketentuan Illahi, buat macam mana pun, perjanjian baby angel Aqeel dengan Allah sampai situ je. Tali pusat tu menjadi penyebab saja, kalau tak ada penyebab sampai hari ini kita akan tertanya-tanya. Kenapa kita letak tangan kat api, sakit, panas? Sebab api penyebab panas kan?

Tak pasal-pasal kena falsafah dengan Hubby. Nasib baik dia selalu pandai jawab and have all the answers to my stupid questions. Hoho, maap la isteri Abang ni..

Anyway, Mel kena pergi travelling seminggu ni ke beberapa bahagian di Sarawak. Mesti susah nak online. Adeh, busy banget la tahun 2011 ni. Nasib baik tak ada baby kecik lagi kan. Wuuuuu~~


MamaAqeel misses you baby Aqeel
QuickEdit

You Might Also Like

3 comments:

  1. Min pun dah dapat result darah psl IUD tu n Alhamdulillah takde masalah..Betul kata suami Mel, semua tu penyebab je, yang pastinya walau buat mcm mana pun dah ajal kan? min pun selalu kena tegur ngan hubby psl dok pikir sebab..hehe...Tapi masa min jumpa doktor pakr hari tu doktor tu ada citer, dia penah jumpa baby yg cord roundneck 4x, tpi masih belum ajalnya hidup baby tu, ada yg just cord roundneck 1x jer tp dah ajal, tetap pergi...
    InsyaAllah Mel, ada rezeki utk kita semua...
    P/s : tgh travel tu jaga diri, jgn lasak sgt..mana tau kot2 dah 'ada' ke.. :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..bukan masalah besar kan dalam ujian darah.cuma da ditakdirkannya perjanjian dgn allah smpi di situ.

    kiranya mel dan min sbb tali pusat la ye..

    saya wallahualam...
    tak jumpa sebabnya.doc just predict keputihan agaknya...

    mudahan mel dan min dimurahkan rezki lagi amin.
    pray 4 me too k?..

    ReplyDelete
  3. Min: Betul cakap doktor pakar tu, kadang-kadang orang beranak dalam toilet pun selamat. Uhuk2. Ajal maut di tangan Allah.

    Ashra: Of course I pray for all Mama of Angels, supaya mendapat rezeki cahaya mata soon ;)

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe