Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Keguguran di Negeri Orang



Assalammualaikum,


AMARAN: Post yang sangat sedih. Read at your own risk.

Kan hari tu Mel cerita yang Miss Menses lambat datang. After a few UPT, kami discovered yang we are pregnant, officially pada Ahad lepas since testing guna Clear Blue Digital. Kalau diikutkan dalam UPT tu, 2-3 weeks after conception dan kalau kira-kira cycle, Mel dah pregnant 5 weeks and 1/2 masa tu.


We are happy of course, but maybe not that excited. I feel it is surreal, since for me it was a little bit too soon. Anyhow, Mel terima kalau memang dah rezeki.

On Monday, Mel kena fly ke Kota Kinabalu atas urusan. Kena jaga diri baik-baik since pregnant kan. Kami dah rancang nak jumpa doctor on Friday untuk scan dan confirmkan pregnancy sebab Mel balik hari Khamis.

To make things more ironic, on Tuesday night I bought an Islamic pregnancy book dan satu buku wirid untuk wanita mengandung. Yes, I finally accept this pregnancy. I pray to Allah to give me this chance to conceive and give birth to a living child.

Pada hari Rabu, selesai sahaja urusan kerja, Mel pergi toilet. Then there it is! A bright red spot of blood! Ya Allah, what is this? Bukan ke Mel pregnant? How come there is blood??

Quickly Mel minta rakan Mel yang memang orang KK hantar Mel ke Klinik, bahagian kecemasan. Di Klinik tu, MA suruh buat pregnancy test. UPT come out negative. Cry cry already~ Dorang pun suruh pergi ke Hospital Likas untuk buat thorough ultrasound dan check up dengan alasan, UPT strip di Klinik mungkin jenis yang lama, jadi tak dapat detect HCG in very early pregnancy.

Terus pergi ke A&E Hospital Likas. Tunggu turn untuk dilayan dalam setengah jam begitu. Kemudian doktor pasang mesin ultrasound dan scan. Doktor cakap, mungkin kecil sangat lagi jadi tak nampak. *cakap jerla tak nampak apa-apa pun*

Doktor kata kena check pangkal rahim pula. Apa lagi, kena seluk laa! Apa lah nasib. Doktor cakap pintu rahim terbuka. *masa tu Mel tak tau apa maksud kalau pintu rahim terbuka, lepas SMS my doctor friend baru dia explain yang kalau pintu rahim buka, maknanya ongoing miscarriage* Doktor cakap nak bagi Mel bedrest. Mel minta balik ke hotel jerla, rehat kat sana. Doktor pun bagi MC tiga hari, dan cakap, kalau ada darah banyak dan darah beku keluar, datangla hospital balik.

Masa tu Mel dah dah bleeding banyak macam period. Kalau macam ni, memang keguguran la. No doctor need to confirm to me that I already loss this pregnancy. Terus call staff kat Kuching, tanya dapat tak tukarkan flight balik malam tu juga. Nak rest kat bilik hotel buat apa kan. Memang sedih sangat sebab dah jadi macam ni tapi jauh dari Hubby and family. Sampai merah dan bengkak mata Mel banjir. Another hope is gone.

Akhirnya, Mel sampai Kuching pada pukul 10.40 malam tu. Lega nya jumpa Hubby, Mummy dan Anum. Atleast I am not going through with this alone.

And at 3 a.m when I woke up to pee, I saw a big clot of blood/tissue? Adakah itu? I feel very sad looking at 'it'. Agaknya sempat ada heartbeat tak? Kan heartbeat selalu nya dah ada selepas 6 weeks. And then, after a while, I said goodbye.

So today, I just rest at home. Rasa macam period, tapi lebih sakit sedikit daripada period biasa. Cramps and all. Esok nak pergi jumpa doktor, nak minta nasihat, buat scan tengok ada sac lagi yang tak keluar ke. Hari ini dah OK sedikit perasaan, dah menerima hakikat yang belum tiba masanya nanti.

Bak kata Hubby, kalau ada rezeki..takkan ke mana, kalau tak ada rezeki tu, buat macam mana pun tetap tak ada.


Lots of love,

Mama of Angels
QuickEdit

You Might Also Like

8 comments:

  1. hmmmm.. ape yg berlaku pd mel sgt same ngan ape yg dah berlaku pd rina.. rina pun keguguran 2nd baby ms tu dah 11 weeks.. harapn tgh memancar2 setelah kehilangn baby 1st.. then, i'm lost again... Tuhan masih mahu menguji....

    ReplyDelete
  2. Sabar Mel...maybe blum rezeki kita g. Kuatkan semangat n sik boh putus asa k...

    ReplyDelete
  3. mel tabah ye...
    Allah knows the best!..

    will always pray 2u...
    have a good rest...

    ReplyDelete
  4. Rina: Agaknya kita masih diuji, belum tiba masanya lagi untuk Mel. Tapi seperti Rina, Mel dah mula rasa happy hari tu, tapi selepas jadi macam ni, it triggers the sadness. Kita sama-sama tabah k.

    Fiqah: Kita jangan putus asa k. Kena banyak sabar dan berdoa kan?

    Ashra: Yes, Mel memang setuju. Allah tahu yang mungkin badan atau hati Mel belum bersedia. Thanks Ashra for listening to me!

    ReplyDelete
  5. sabar.. kmk penah miscarriage juak last april... sakit gilak... sakit gik dpd period pain sampei kmk kelakar pun sopan santun juak kotan nahan sakit.. tp xpa... sabar... maybe ada hikmah... dont think negative ok... mek tauk pemergian aqeel dolok dr fb hubby ktk... so sad bout that... tp apa boleh buat, Allah lebih sygkn nya... lak nya nunggu kitak di syurga... al fatihah...

    ReplyDelete
  6. Kak mel kita sma2 punya anak yg menghulur tgnnya ke syurga..

    Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  7. Setiap kejadian ada hikmahnya. Insya Allah jika kita berusaha disusuli dengan doa suatu hari nanti pasti akan muncul. Amin.

    ReplyDelete
  8. mell baru tahu pasal nih..xpe mell..never ever give up...;)n jgn sedey2 k..

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe