Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Salam Dari Kota Kinabalu


Assalammualaikum,


Mel sekarang travelling di Kota Kinabalu atas tugasan rasmi. Dari hari Isnin sehingga hari Khamis. Lama betul berpisah dengan Hubby (masih manja sangat dengan dia). Nasib baik bawa t-shirt Hubby untuk bawa tidur. Hehehehe

Anyway, Mel jumpa ramai kawan-kawan baru. Best juga la kenal ramai kawan baru, boleh meluaskan lagi circle of friends kan. Tapi yang paling tak best ialah menjawab soalan "Berapa orang anak?" Tapi Mel rasanya dah alah bisa tegal biasa. Dah practice dah kalau orang tanya, "Anak seorang, tapi simpan. Dia meninggal sebelum dilahirkan. Dia tunggu di pintu Syurga ;)"

OK. Mel belajar untuk sentiasa bersyukur dan belajar untuk menerima hakikat hidup untuk Mel dan suami. Kena belajar kan untuk menghadapi perkara yang mengusik hati macam ni.

Tapiiiiiiiiiiii...Mel nak meluahkan perasaan ni. Ni kan blog Mel. Sukati la kan nak meluahkan rasa hati kat sini. Huuu~

Ada seorang rakan ni, Mel tau la dia sangat excited baru dapat baby. Baby boy lak tu! Masa Mel baru je balik kerja hari tu, dia tegur Mel. Instead of tanya khabar ke, dia tunjukkan gambar newborn dia. Haih! Muka Mel agaknya ketat gila masa tu. Insensitive nyeee kamu ni!

Semalam masa kami borak-borak, dia balik-balik cerita pasal baby dia. Penatnya tak dapat tidur malam..bla..bla. In my face. Bukannya Mel minta di kesiankan, atau harap semua orang jaga percakapan depan Mel, tapi tolong lah jangan obvious sangat. Padahal muka kawan-kawan lain blank je dengar dia cakap beria sangat depan Mel.

Entahlah. Or am I that selfish. Harapkan orang jaga hati Mel? Hati seorang ibu yang kehilangan anak sebelum dilahirkan?

OK. Misi saya adalah untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh buat saya sedih. Bak kata Ashra, kena menjaga hati sendiri. Mel tak tengok pun cerita Nur Kasih, walaupun teringin sebab tau mesti cerita tu sedihhhh giler. Hu~~


MamaAqeel yang kuat membebel
QuickEdit

You Might Also Like

4 comments:

  1. mel,
    kalu saya yang anak kedua ni,boleh jadi teramat sensitif..inikan mel.ur not sefish,dear..mel ada hak atas perasaan mel..

    mel jgn dekatkan diri dgn orang gitu eh..die stat je nak bercerita,mel buat2 ada keje je..jgn dengar sgt luahan tah pape tu..hehe (jahat sunguh saya)..

    ye..kita kena jaga hati sendiri...
    sehingga lah hati kita terubat dgn penggantinya si kecil itu.....nak harap orang lain faham,mmg tak kan ada yang faham sebenar2 rasa yang tersembuyi dlm hati ini.

    ReplyDelete
  2. samala ngan rina. selalu jugak org ask me da same question. then, jwpn yg same mcm mel
    "anak ade sorang, simpan" sambil senyum .. dlm hati Allah je yg tahu...

    semoga mel tabah

    ReplyDelete
  3. lupe.. rina dah tengok nurkasih.. mmg sedih giler. non stop crying. hanye org2 yg kenal erti kasih syg n pernah kehilangan yg akan faham.

    ReplyDelete
  4. Ashra: Memang berusaha nak jaga hati sendiri. Fikir yang baik saja lah, mesti orang tu sangat excited dapat baby.

    Rina: Sama-sama la kita tabah ye. Rezeki kita belum di dunia, tapi menunggu di pintu Syurga kan.

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe