Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Cari Pasal


Assalammualaikum,


Mel kan baru balik dari KL semalam. Penat betul jalan-jalan non-stop. Badan macam tak berapa kuat dah la. Hmm nak buat macam mana ye? Mel terpaksa MC hari ni sebab perut macam sakit.

Hari Jumaat, sampai-sampai je adik Mel si Judin yang kerja kat KL bawa kami makan kat gerai makanan Siam. Sedap juga. Selepas tu, apa lagi cari durian la. Tak berani makan banyak, tapi tak makan banyak pun badan panas juga selepas tu. Atleast tercapai juga hasrat. Malam tu kami niat nak ke IKEA tapi jalan jammed sangat, last-last pergi ke Danau Kota.

Sabtu kami pergi kenduri kahwin Kak Yah kat Bandar Tun Razak. Cantik sangat wedding dia. Rindu sangat kat Munie (adik Kak Yah, bestfriend Mel) tapi tak dapat nak borak lama sangat sebab dia kena layan tetamu lain juga. Dapat jumpa kawan-kawan sama MMU; Dayah, Pana, Mcd & Ezam.

Petang Sabtu sampai Ahad, kami shopping kat Bukit Bintang dan Jalan TAR.

Mel kan, tak dapat tengok baju baby. Mesti nak pergi tengok, pegang, tak pun cakap kat Anum, "kiutttnyaa baju baby ni" Anum mesti marah kalau tengok Mel buat camtu. Sebab dia tak suka tengok Mel sedih-sedih.

Paling Mel tak tahan, tengok baju melayu baby kat Mydin. Comelll sangat. Mel belek satu persatu haritu dan cakap kat Hubby, lain kali tahu la nak beli baju melayu baby murah kat mana. Mel rasa nak beli je satu baju melayu yang comel tu. Tapi nanti tak pasal-pasal kena marah dengan Hubby. Uhuk2~ Tapi, dalam masa yang sama mata dah berair sebab tak ada peluang nak sambut Hari Raya dengan anak tahun ni.

Comel kan? Kan?

Tapi kan, bila orang tanya mana baby, kali ni Mel tak ada la rasa sedih sangat atau rasa bersalah nak cakap kat orang. Mel just jawab, baby dah tak ada. Because deep down inside, I really believe that my baby is in the best place right now, not for me to worry or be sad, but be grateful because he is waiting for me and Hubby, insyaAllah.

Mudahan rasa hati dapat kekal tabah.


MamaAqeel yang tak sabar nak berpuasa!
QuickEdit

You Might Also Like

3 comments:

  1. Mel, kamek pun sama cam kitak juak. Tiap kali jalan kat shopping mall mun lalu bahagian nembiak pun nang geram nanga baju budak2. Sikpalah, sik lamak gik sure time kia utk shopping baju budak2 :) Kita just kena sabar and jangan putus asa jak k. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. Mel, sama la jugak...Min pun sejak dari dalam pantang lagi kalau pi Jusco mesti nak tengok barang baby, baju baby...Baru2 ni masa min balik nibong tebal (beli bantal karipap dalam entri pusara kecilku), min jumpa bantal tu kat kedai yang memang khas utk brg baby jer...Punya la seronok dok lama2 kat situ,segala benda kat situ min belek..Hubby pun sama naik...Tapi hubby min suka belek Stroller~tak sabo nak bawak anak berjalan gamaknya...~

    Note : sayu hati bila tgk hsbnd belek stroller, dia sedih, tapi sukar meluahkan...Tadi pun masa min nak ziarah kawan min kat wad bersalin, dia tak nak masuk, tapi sebab min dah mula nak muncung, dia ikut kan juga (demi kasihkan ister walau hati terluka, namun sanggup diikutkan jua kehendak si isteri)...So, walau Allah ambil anak min, tp min rasa bersyukur kerana ada suami yg hebat..Min rasa kengkawan kita (mama angel) semua macam tu jugakkan?Punyai suami yang hebat...(sorry terbebel lama..huhu...)

    ReplyDelete
  3. Min, sangat setuju dgn kata2 Min. Kita semua (Mama Angel) memang sangat bertuah memiliki suami yang begitu hebat & yg menjadi sumber kekuatan kita. Bagi Fiqah, suami Fiqah adalah sumber kekuatan Fiqah. Fiqah bersyukur. Walaupun Fiqah blum ada zuriat sendiri, Fiqah bersyukur, Allah kurniakan Fiqah suami yg cukup sempurna. InsyaAllah, dengan izin ALLAH, kita(Mama Angel) dapat jugak bergelar MAMA satu hari nanti. Yg penting jgn putus asa...

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe