Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Hanya Dalam Mimpi


Assalammualaikum,


Hari ni Mel MC, tak pergi kerja sebab kepala sakit dan badan rasa lemah je. Dah 2 hari Mel cuba tahan supaya dapat pergi kerja, tapi hari ini Mel decide untuk rehat je kat rumah. Nanti makin sakit siapa gak susah, bukan nya bos-bos nak puji pun kalau pergi kerja tengah sakit-sakit kan?

Sebab Mel demam, mesti lah banyak tidur, bangun dan tidur lagi.

Tapi, petang tadi Mel mimpi my darling baby. In my dream, Aqeel is so alive, smiling and playing with me. Mel ingat yang dalam mimpi tu, Mel cium-cium dia, peluk dia puas-puas. Indahnya perasaan bahagia ketika itu, walaupun hanya dalam mimpi. Even Mel dapat hidu bau baby.

End up, Mel bangun tidur bantal dah basah sebab rupa-rupanya Mel menangis dalam tidur. Lepas tu sambung lagi banjir dan beristighfar..

Tapi, semua itu kan mainan tidur. Mungkin Mel fikir dan ingat banyak sangat kat baby angel Aqeel, atau betul-betul dia singgah dalam mimpi Mel. Wallahu a'alam.


MamaAqeel moody dan feverish!

QuickEdit

You Might Also Like

2 comments:

  1. Bestnya dapat mimpikan baby angel..Min tak pernah mimpi...Tapi kalu diberi peluang nak lah mimpi yang diilhamkan dari Allah...

    ReplyDelete
  2. saya pun tak pernah mimpi,kdg2 mengharap tuk bermimpi.. =(

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe