Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Nak Pergi Jalan-Jalan!


Assalammualaikum,


Wah, rasa macam lama tak update blog ni. 1 minggu agaknya. Entahla, busy sangat sekarang ni. Kerja kat ofis tu melambak-lambak je. Makin lama bukan nak makin habis, makin banyak ada lah. Tapi, again, reminder to myself: my work is sumber rezeki kan? Banyak ke sikit ke, asalkan ikhlas dan buat dengan sepenuh hati, insyaAllah gaji yang diterima pun berkat. AMIN

Anyway, petang ni Mel nak flyyy pergi KL. Wedding kakak bestfriend Mel. Lama tak jumpa Munie (my BFF). Rindu la kat dia. Tahun lepas bila tahu tarikh wedding kakak Munie, Mel macam 2-3 nak pergi sebab kan sepatutnya ada baby kecil. Terfikir la masa tu macam mana nak travel dengan baby kecil. Masa berpantang hari tu kot, Hubby Mel belikan tiket belon (kapal terbang..hehe) ke KL untuk wedding tu. Niatnya nak jalan-jalan la sekali sebelum Raya. Orang Sarawak ni suka sangat shopping kat Jalan TAR, beli tudung semua..termasuk la Mel dan Mami Mel. Hehehe

Esok kenduri tu. Mesti meriah. Dulu masa Munie kahwin, Mel yang jadi pengapit. Masa Mel kahwin, Munie pula yang jadi pengapit. Kami dah janji macam tu. Esok Mel kena kuat hati dan perasaan sebab hadir wedding ni. Elakkan daripada orang yang kepoh yang nak suka bertanya. Alaa, mesti tak ramai pun yang kenal Mel selain sanak-saudara Munie. Sebab keluarga Munie ni kira macam keluarga angkat Mel dari masa belajar dulu sampai Mel kerja kat Semenanjung.

Apa-apa pun, yang penting ialah untuk Mel, Hubby, Mami dan Anum to have fun this weekend. Plan nak carik durian, shopping kat Jalan TAR dan pergi IKEA. Semangat! Hehehe. Sian kat kami kat Sarawak ni, pergi KL pun dah excited amat. Kali ni sebab Mami dan Anum ikut, itu yang lagi best berjalan sebab ada teman. Abang, kitak best juak di embak berjalan ;P

Happy weekend semua!


MamaAqeel yang suk nak berjalan!
QuickEdit

You Might Also Like

1 comment:

Follow @mamamelshoppe