Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Dah ada dah?


Assalammualaikum,


Selamat menyambut Ramadhan semua. Ramadhan ni kami masih berdua saja. Tapi masih meriah sebab Mel masih tinggal dengan Mummy. Buka puasa ramai-ramai, berjemaah ramai-ramai. Syok! Kalau tahun depan, kot-kot jadi kami tinggal rumah sendiri, mesti sunyi kan. Mudahan la ada penyeri hidup kami menjelang tahun depan. AMIN.

Sehari sebelum Ramadhan, Mel ziarah 'banglo' kecil baby Aqeel. Sayu sungguh hati mengenangkan anakku. Tak apa Aqeel, Mama dan Papa akan baik-baik saja di dunia ni.

Anyway, Mel sebenarnya nak cerita tentang soalan "Dah ada dah?"

Mel macam perasan, kalau jumpa orang yang kami kenal, yang tahu tentang baby angel Aqeel, mesti tanya, "Dah ada dah?" Nak tahu sama ada Mel dah mengandung balik dah. Senyum saja la kan, cakap belum rezeki kami lagi.

Tapi, kalau yang lama tak jumpa, or tak kenal tanya, "Dah ada dah?" Mel mesti senyum je. Selalunya respond mesti spontan. Jawapan pun selalu lain-lain. Sama ada"Ada dah, baby boy", atau "Belum lagi", atau "Doakan kami ya".

Haih, sejak pengalaman Mel ni, Mel tak lagi tanya kat mana-mana orang sama ada "Dah ada dah?" kat kawan yang dah kahwin atau lama kahwin. Memang tahu kadang-kadang orang saja je tanya soalan tu sebagai soalan standard nak tanya orang yang dah kahwin. Takpe, orang lain kan cuba nak bersosial je kan?

Kita layannnnn je kehidupan ni. Banyak lagi benda lain yang boleh kita syukuri. Alhamdullilah~


MamaAqeel harap dapat puasa penuh tahun ni.
QuickEdit

You Might Also Like

4 comments:

  1. Insya Allah..
    Kalau diizinkan Allah, sya pun nak posa penuh...
    Selamat berpuasa mel. Lama mel tak menulis kan...
    Take good care~

    ReplyDelete
  2. Salam Adlie~~
    Selamat berpuasa ye..Mel harapkan semua Mama Angel dapat puasa penuh (maknanya ada isi). Hehehe.

    Mel dilanda ke'bz'ian bulan Julai lepas. Rindu nak berblog dengan Mama Angels, tapi Mel memang baca blog semua, tapi tak dapat nak komen, sebab kalau baca kat ofis tu, kena block pula kalau nak reply comment ;(

    ReplyDelete
  3. a'ah mel.
    btul tu.kadang2 orang ni bukan nak sakit kan hati kita.tapi 'soalan standard' mesti nak tanya kalu nak mulakan perbualan.

    kalu belum kawin,
    'da ada boyren?bila lagi?

    bila baru kawin
    'da ada?da lekat?jangan plan lama sgt'

    bila da anak sorang,
    'bia nak tambah?bila nak bagi yang sorang ni adik?..'

    layannnnnnzzzzz kan je.dari duk pk bukan2.

    ReplyDelete
  4. Dah agak dah mksud puasa penuh tue.
    Insya Allah kalau ada rezekinya.

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe