Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Passport Oh Passport


Assalammualaikum,


Mel cuti hari ni. Mula-mula ingatkan tak nak cuti sebab nak uruskan passport. Tapi bila dah ambil masa setengah hari, ambil cuti je lah. Tak adil nanti, hanya kerja sekejap je. Apa kata bos especially staff-staff kan? Hehehe

Sebenarnya, passport asal Mel lama dah hilang. Hilang masa study dulu. Ntah la hilang kat mana. Kalau tahu kat mana hilang, mesti la tahu nak jumpa kat mana kan? ;P

Hujung bulan 10 nanti, Mel dan Hubby nak sambut birthday Hubby kat luar negara, kat Singapura je. Hehehe. Tak dapat pergi jauh dulu. Tunggu rezeki seterusnya. Sebab tu la Mel nak buat passport ganti.

Haritu, masa Majlis Bertunang kawan Mel, kawan Mel mention yang kalau passport hilang, kena buat laporan polis baru boleh buat passport. Kena buat awal katanya sebab selepas sebulan baru boleh buat passport baru. Mel dah gelabah sebab takut tak sempat nak gi buat.

Mel pun pergila buat report polis. Dalam report mention yang dari tahun 2006 dah hilang. Dalam kepala dah takut sebab mesti kena marah Jabatan Imigresen ni sebab lama dah hilang tapi tak report-report. Nervous!

Mel dah buat research. Kalau hilang passport, kena report kat Cawangan Khas Polis, sebab dia ada soal siasat kita. Takut kot-kot kita jual passport kat pasaran gelap. Hahaha. Takda la nak buat kerja camtu. Pastu, kena angkat sumpah kat Pesuruhjaya Sumpah la. Dan juga, kena denda oleh Jabatan Imigresen.

Tapi, nasib baik Hubby suruh pergi terus je kat Jabatan Imigresen, tanya betul-betul. Tak payah nak pergi Cawangan Khas Polis. Baik bos!

Kemudian kami pun ke Jabatan Imigresen kat Simpang Tiga. Cik Imigresen pun tanya, pernah ada passport tak? Ada, tapi lama dah hilang. Masa hilang tu, dah expired ke? Expired dah lama dah. Isi borang ni, lepas tu bagi salinan sijil lahir dan salinan IC. Okayy.

Rupa-rupanya kalau lama dah hilang dan dah expired, tak leceh prosedur nya! Yay! Macam buat passport baru atau renewal sahaja. Alhamdullilah. Tak payah nak hadap polis ke, kena soal siasat. Jabatan Imigresen tak marah pun. Nasib baik! Selepas sejam, Mel dan Hubby pun dapat passport baru. Passport Hubby kena renew juga.

Moral of the story, tanya dulu dan buat dulu, jangan nak takut tak tentu pasal sebab dengar cakap orang atau maklumat dalam Internet ni. Hihihi


Eyyyy, tembam giles muka Mel kat sini kan? Huhuhu


MamaAqeel yang takut tak tentu pasal!

QuickEdit

You Might Also Like

6 comments:

  1. Yakah? Kamek pun dah ilang juak.. Kelak laa molah baru.. hehehe Bestnya dapat jalan2.. Mok juak laa mun ada rezeki.. hehe

    ReplyDelete
  2. Huh,min pun tgh cuak gak nih,passport tak tau pi mana,since balik umah tak jumpa lagi..heran tul,sbb passport incik hubby ada!Lagi menggelabahkan min sebab bulan 10 ni mertua ajak balik singapore!

    ReplyDelete
  3. hehe,kitaorang ni mmg kumpul passport satu tempat.sbb every year beraya kat singapore ada sedara rapat kat sana.hehe.yang tak bestnye,bila da mati,nak tak nak duit melayang kena hidupkan..hehe.

    selamat bercuti ye mel..
    syiok singapore ni...

    ReplyDelete
  4. thank youuu akak...u help me out~! so scared since i cant find mine...tot it gonna be so complicated..

    ReplyDelete
  5. Is this still valid...cause Ive lost mine and I only have 22 days to settle it...

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe