Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Saham Akhirat


Assalammualaikum,


Mel masih cuti hari ni. Tapi hari ini sibuk temankan sahabat karib Hubby, suami isteri jalan-jalan carik barang rumah baru mereka. Syiok! Geram nak ada rumah sendiri juga. Hehehe.

Harini Mel nak cerita tentang....SAHAM AKHIRAT.

Pada Hari Raya Pertama haritu, kami berkunjung ke rumah sepupu arwah Ayah. Anak dia ramai, seronok Mel tengok.

Mami Mel pun tanya, "Anak berapa orang?"

Pakcik tu jawab, "Tujuh orang, tapi seorang saham akhirat kami"

Tersenyum Mel dengar jawapan dia. Indahnya jawapan itu, rasa untung pula ada saham akhirat. Sejak daripada itu, kalau orang tanya mengenai anak, Mel mesti jawab macam tu. Habis cerita.

Sepanjang Hari Raya, Mel jawab macam tu untuk sesiapa yang tanya mengenai anak, Mel OK je perasaan. Alah bisa tegal biasa la kot.

Tapi, hari ini tadi ada seorang kawan Hubby terserempak dengan kami kat kedai makan. Dia mesti tahu yang Mel pregnant awal tahun tu dan tanya 'the standard questions'. Tapi Mel tak bagitahu la yang baby Aqeel dah tiada bersama kami.

Tup..tup sebelum nak balik, dia bagi sampul duit raya kepada Mel, pesan suruh bagi kat baby. Terkebil-kebil mata kami berdua, at last Mel yang jawab.

"Tak apa, simpan je duit raya ni. Anak kami dah jadi saham akhirat kami", dengan suara yang dah bergegar sambil menahan emosi.

Hehehe. Tak apa la. Kakak tu tak tahu pun. Mulai sekarang dan sampai bila-bila Mel nak jawab macam tu, sebab Abang Aqeel tetap anak sulung Mama!


MamaAqeel dan PapaAqeel sangat sayangkan saham akhirat kami!

QuickEdit

You Might Also Like

3 comments:

  1. betul mel..
    sampai bebila..saya tetap akan cakap saya ada anak tiga orang.

    kadang2 di sebalik kesayuan,syukur,sbb kita punya anak yang soleh secara percuma allah beri...tuk kehidupan akhirat.

    anak2 yang hidup pulak ni,kita kena usaha lebih sket tuk mendidik menjadi soleh

    ReplyDelete
  2. Aah, betul apa yang Ashra cakap tu. Yang penting kena redha, sabar dan syukur kan ;)

    ReplyDelete
  3. Hye kak ashra aulia..kak el..sama la kita..leha pn prnh iud 20.5..21.1 gugur..

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe