Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Socially Awkward



Assalammualaikum,


I am now socially awkward. Thanks to the judgemental stares, unwanted heart-aching questions and sympathy remarks.



Akibatnya, Mel tak pergi ikut Hubby pergi open-house kawan dia hari ini. Penat la nak menjawab soalan-soalan yang tak diingini. Ada kadang tu kan, kita dah bagitau, explain dan harap orang yang tanya tu faham, tapi orang tu masih nak renung muka kita. What do you want? Nak kita ternangis baru nak berhenti tanya ke?? Eyy, kenapa ek ada sesetengah orang tu memang sengaja je nak tanya-tanya.

Ada beza tau kalau orang tu jujur tanya atau sengaja tanya lagi dan lagi untuk menambah garam di luka yang sedia ada.


MamaAqeel start nak emo lagi ;P

QuickEdit

You Might Also Like

4 comments:

  1. Erm, memang manusia ni kan macam-macam perangai.. Tapi mungkin jugak kadang-kadang kita jer fikir -ve,sedang diaorang tak maksudkan macam tu.. Contohnya macam min, rasa kecik hati sesangat ngan kawan-kawan rapat masa belajar dulu ada yang langsung tak call min pun bertanya khabar... Lepas tu mujurlah ada salah seorang kawan baik min masa sekolah dulu call min, dia bagitau ada kengkawan yang nak call min,tapi diorang tak berani sebab diorang x tau nak sembang dengan min macam mana.. Akhirnya min boleh terima sebab masa kawan min ni call min,nada suara dia memang berbeza (kwn min ni jenis happy go lucky,sentias ceria)..Masa tu la dia cakap,dia teragak2 nak call min,so dia call suami min dulu tanya keadaan min ok ke tak,bila suami min kata min ok,call je terus min, barulah dia call min..Pastu masa dia datang ziarah min pun,min dan suami perasan sangat2,dia macam tak tahu nak bersembang macam mana,padahal dah kenal min sejak umur 13 tahun lagi.. Tapi lepas tgk min relax je bercerita,dia pun kembali macam biasa jer..

    So,moral of the story,perasaan kita skrg ni terlalu sensitif,min semalam pun cadang nak beraya umah kawan min, tapi min cancel last minute sebab rasa malas n tetiba rasa over feeling,so lebih baik lah min tak jumpa orang lain kan masa feeling not good kan..

    ReplyDelete
  2. Kisah Loqman Hakim :
    Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasehati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam setiap mengambil tindakan."

    Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya:

    "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, yaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

    ~Wallahualan ; peringatan untuk diri sendiri juga~

    ReplyDelete
  3. Agaknya kan Min, kita sekarang ni dah jadi super duper sensitive. Ada kala Mel pun rasa Mel berfikiran negatif kat orang lain.

    Hanya kawan-kawan yang alami saja tahu macam mana perasaan macam ni, macam paranoid pun ada! Hahaha

    ReplyDelete
  4. Yup,sebab min pun rasa camtu mel..erm,tadi min jumpa doktor pasal badan rasa tak berapa sihat,tapi tak pepasal min 'terbuat drama tangisan la pulak' bila doktor tu nasihat min suruh min ambil pil perancang!

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe