Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Lepas 8 Bulan Pun Masih Sedih?


Assalammualaikum,


Mel tengah sedih ni. Tiba-tiba teringat dengan baby angel Aqeel. Selalu macam ni, bila dah rasa okay, tiba-tiba boleh teringat. Mungkin sebab jeles dengan baby orang lain. Orang lain banyak update pasal baby dorang kan. Alaa, kalau Mel ada baby pun mesti Mel pun selalu update kot.

Tak sangka esok dah 8 bulan Aqeel tiada. Tak payah la nak 'imagine' kalau dia ada, dia dah besar mana. Nanti menambah garam ke luka.

Bulan lepas Mel tak dapat nak TTC betul-betul. Asyik-asyik travelling je. Terlepas waktu subur. Tapi yang bagusnya, cycle Mel dah kembali ke 30 hari. Bulan lepas mesti sebab stress sampai cycle 34 hari. Bulan ni kita usaha lagi ye.

Sekarang ni Mel dan Hubby usaha nak turunkan berat badan. Tau tak kenapa Mel semangat sangat? Hari Mel cuba pakai baju kurung moden Mel yang paling besar. Dulu, kalau Mel tarik ke tepi, ada la dekat dua jengkal dia besar. Haritu, Mel pakai dah tak muat! Huwarghh..tak boleh jadi. Nanti makin teruk~ Sekarang ni dah turun 4-5kg, Alhamdullilah..

Hmm..mana tau lepas dah turun berat sikit nanti boleh lekat pulak.

Anyway, Mel tak sabar nak bercuti kat Singapura hujung bulan ni. Mel tak pernah pergi lagi. Bolehla release2 tension sikit.


MamaAqeel stress
QuickEdit

You Might Also Like

6 comments:

  1. Salam mel...
    Maaf yer if my updates makes u hurt...
    At 1st mmg xnk share... But coz of d spotting, i shared it...
    Coz i need support dr kawan2 as well...
    Menggigil nampak ada spotting walaupu. Yg last time is worst than now.
    From scan d sacs plak looks x bulat n d size is smaller from d age.
    I am scared... Thats y i write to calm a bit ok.

    Sorry sangat2 yer mel...
    Insya Allah sampai masa mel will be mummy again as well k.
    D time will come...
    Allah tidak zalim... Insya Allah. Keep praying.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Mel, mana tau kan balik dari bercuti boleh melekat ke...Relax k...(cheewah, pandai jer min ni nasihat orang, diri sendiri pun kantoi gak kekadang..hehe..)

    ReplyDelete
  3. Alaa Adlie dear, janganla sorry2. Belum tiba masanya untuk Mel dan suami lagi. Hehehe. Anyway, Adlie kena jaga elok-elok tau. Mula2 memang weeks tak berapa sama, sebab dia baru nak membesar. Enjoy your pregnancy!

    Min: Harap-harap macam tu la. Tapi again, Mel seriously tak nak mengharap lagi dah. Biarkan saja..

    ReplyDelete
  4. faham perasaan mel...
    relax k?doa banyak2,mudahan mel juga akan temui penawar nye jugak k..
    insyaallah...

    relax your mind...and be more enjoy with your life.insyaallah..lagi mudah jalannya.

    ReplyDelete
  5. mel.. huhuhu.. nadya pun lately ada juga menangis bila teringat nur anis nadhirah... rindu sgt kt dia.. tambah plak skg suami dh xbg nadya ziarah pusara dia sbb tgh mengandung adik dia.. lagi la nadya rasa rindu tu xterubat... rasanya selama-lamanya kita akan rindu bidadari syurga kita tu..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak mel,

    pertama kali singgah sini.hari ni sehari suntuk sy baca blog ibu² tabah yang melalui ujian hebat seperti kak mel.terus terjumpa blog akak.

    Terima kasih akak sebab berkongsi kisah² sebegini.buat saya rasa bersyukur atas nikmat² Allah, sbb lately sy rasa mcm jauh dan leka sangat. Baca kisah akak tentang baby aqeel,betul² meruntun hati keibuan saya.menangis² saya depan laptop.tak boleh bayangkan ujian yang akak lalui.

    saya doakan semoga akak terus tabah, dan terus memercikkan semangat dan ketabahan akak kepada pembaca² yang setia di sini.and especially,semoga rezeki kedua akan menyusul tak lama lagi.insyaAllah, keredhaan akak akan berbayar.

    Salam sayang dari France,
    Nini

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe