Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Cuti Cuti Singapura


Assalammualaikum,


Mel nak update mengenai percutian Mel dan suami hari tu. Best jalan-jalan, tak fikir pasal kerja atau masalah dunia. Yang best nya, handphone Mel lupa nak set roaming. Jadi, tak ada siapa-siapa orang ofis dapat call! Hehehe

Hari pertama kami jalan-jalan di Bugis Street. Hubby ajak pergi tengok gadjet-gadjet kat satu tempat ni. Alaa Mel dah tak ingat nama dia. Tempat tu macam Low Yat lebih kurang. Hubby sikit lagi nak beli Macbook Pro kat situ, tapi yang 2nd la.

Kat belakang tu Bugis Street

Malam tu, kami pergi jalan-jalan kat Orchard Road. Tak banyak pula ambil gambar kat situ. Banyak betul shopping kompleks kat situ. Duit je tak banyak nak shopping-shopping. Sampai sakit kaki jalan kat situ. Mel sebenarnya teringin sangat nak makan Katong Laksa yang halal, sebab lalu kedai Cina jual laksa tu nampak sedappp je. Lagipun Mel google, must eat food adalah Katong Laksa Singapura. Tapi kami masuk semua foodcourt kat Orchard Road tapi semua meragukan. Huuu~

The only photo of me at Orchard Road

The next day, we went to Universal Studio Singapore! Best sangat ok! Mel rasa macam budak-budak balik. Super uber excited naik rides kat situ. Kalau siapa-siapa yang pergi situ, dan rasa macam tak sempat nak pergi semua, make sure, I repeat, make sure pergi yang berikut:

1) Revenge of the Mummy - Roller coaster ride yang sangat superb!
2) Shrek 4D Adventure - Memang lucu dan exciting
3) Waterworld - Macam tengok filem live depan mata. Beware, u may end up wet!
4) Madagascar - A Crate Adventure - Yang ni, kalau ada budak-budak, mesti dorang sangat suka!
5) Light, Camera, Action! - Kita akan alami special effect dalam movies tu. Best! Kalau dapat, pergi la kat barisan paling depan, mesti lagi syok!
6) Battle Star Gallactica (Humans) - Yang ini macam roller coaster kat Genting tu, tapi menakutkan la roller coaster tu! *Mel tak naik, Hubby je naik.
7) Battle Star Gallactica (Cyclone) - Kalau yang Humans tu dasyat, Cyclone lagi la scary! Instead of kita duduk macam biasa, kita duduk tergantung. *Mel tak naik, Hubby je naik.

Gambar-gambar pilihan kat USS ;)






Bab makanan, Mel dah siap-siap search kat mana yang halal. Tapi sebab kenyang minum air, kitaorang tak makan pun kat USS. Jadi lepas dah puas main kat USS, kami keluar makan dekat Vivo City. And you know what, ada foodcourt halal dan ada Singapore Laksa! Yay!


Sedap tau! Tapi tak tahu pula kalau sebenarnya ada lagi yang lagi sedap ;P (sebab teringin lebih je)

Lepas kat Sentosa Island tu, kami sambung jalan-jalan kat Arab Street. Nak carik kain untuk Mami sebab dia pesan. Mata Mel naik rambang tengok kain cantik-cantik!

Mel cakap kat suami, boleh tak kita kahwin lagi? Cantik-cantik sangat!

Kat situ ada Masjid Sultan, Abg cakap kat sini kawasan Melayu. Ni area Arab Street.

Malam itu pula, kami sambung shopping kat Bugis Market. Nak belikan the boys (4 adik lelaki Mel dan Anum) t-shirt Singapore. 31 Oktober birthday Abang Sayang, jadi Mel pick a very nice Thailand restaurant untuk dinner. Food dia nyums, tapi lagi sedap Amarin Midvalley kot ;)

Nasib baik ada waitress baik hati ambilkan gambar kitaorang ;) Happy birthday Abang Sayang! Semoga jodoh kita kekal ke hujung hayat! AMIN

The last day, kami jalan-jalan kat statue singa yang kat Merlion tu. Mesti snap snap gambar kat situ kalau kat Singapore kan.

Weee, happy couple!

Okay, sampai disini saja update untuk Cuti Cuti Singapura kami berdua. I'll be back to Singapore for sure! Lain kali nak bawa Mami la!

MamaAqeel mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha!

QuickEdit

You Might Also Like

3 comments:

  1. Bestnya dapat pi USS! Dulu min pegi sentosa island, USS tu tengah pembikinan.. Lagi satu kalau pi sana nak pi geylang..

    ReplyDelete
  2. Besnye.....
    saya ni walaupun ada gak kait mengait dgn singapore,tapi ada gak tempat2 lom pergi..uhukkk....

    USS pun belum masuk.zoo,sentosa island zaman kecik2 sekolah rendah,ada lah gak pergi.hehe

    dapat tak laksa mel cari tu?

    ReplyDelete
  3. Min: Nak kena pergi lagi la. Tak puas! Hehehe

    Ashra: Dapat jumpa, asalkan laksa di Singapore, okayla tu. Teringin sangat haritu.

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe