Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

2011: What A Year!


Assalammualaikum,


Tak sangka ya, hari ini merupakan hari terakhir dalam tahun 2011. Tahun yang paling MENCABAR bagi Mel.

Kegembiraan menyambut anak sulung kami bertukar menjadi kedukaan dan akhirnya menjadi keredhaan. Mama redha dan bersyukur Aqeel, kamu hidup di dalam rahim Mama untuk 39 minggu. Walaupun kita tidak bersua, namun Mama harap kita dapat berjumpa di 'sana'. Berbahagia lah wahai anakku, because you are too beautiful for this world.

There are so many tears shed for you Aqeel.

Kehilangan baby Aqeel menjadi episod terbesar dalam tahun ini. Mel kadang-kadang tak percaya yang Mel dah pernah bersalin, berpantang, dan mengalami semua ini tanpa anak kecil di sisi. Mana tak nya, Mel dan suami jadi macam new-weds balik.

I'm so glad having him as my soulmate and my love

Pada tahun ini juga, syarikat Hubby or our company? Hahaha menumpang sekali, telah berpindah ke lokasi baru. Alhamdullilah setakat ini business semakin baik. Umur LOKASI BARU company Freeway Design dengan baby Aqeel sama, sebab company tersebut berpindah pada bulan Februari 2011.

Bagi warga di Kuching, kalau nak kad kahwin yang cantik, unik dan bersesuaian dengan bajet anda, sila la ke Freeway Design, Kuching ya. Mesti tidak menyesal dan berbaloi-baloi. (Digital printing pun ada!)

Satu lagi pencapaian pada tahun ini ialah Mel dan suami berjaya membeli rumah pertama kami. Alhamdullilah. Ingatkan loan tak lepas, saja cuba submit ke bank tapi syukur dapat approval. InsyaAllah akan siap dalam bulan April atau Mei tahun 2012.


Hubby cakap dah 70%, dia dah tak benarkan Mel visit sebab tempat baru kan, tak baik untuk orang mengandung ;P

Dan Alhamdullilah, selepas 9 bulan menanti dan satu keguguran, Mel dan suami digembirakan dengan berita baik. Allah telah kurniakan Mel mengandung lagi dan sekarang Mel dah lepas 1st trimester. Syukur alhamdullilah, segala puji bagi Allah yang Maha Esa, Sekarang dengan adanya Dedek-Dedek bersama, Mel dah kurang menangis. Mungkin inilah sinar harapan yang akan menerangi hidup kami pada 2012 ini.


Our Rainbow Baby~ Dah 12 weeks plus


Mel tak nak sebut Selamat Tahun Baru, sebab tahun baru bagi kita umat Islam ialah pada Awal Muharam. Apa-apa pun, harap selama 6 bulan lagi Dedek-Dedek selamat dan selesa di dalam rahim Mama. Amin..

MamaAqeel tulis post ini daripada tahun lepas lagi. Hehe
QuickEdit

You Might Also Like

3 comments:

  1. happy 2012 mel.
    mudahan inilah penawarnya kan mel..
    insyaallah,yakin,ank yg bakal lahir nti akan sntiasa sihat dalam rahim dan selamat dilahirkan.
    keep praying.

    owh,mel ada syarikat sndiri ye.besnye.
    rumah ptama da pun beli ye.
    tbalik dgn kami.
    pas bsalin nti,mudahan dmurahkan rezki beli rumah ptama..
    semuanya dlm perancangan.

    hopefully 2012 memberikan kenangan plg manis buat kita semua.

    ReplyDelete
  2. Salam Subuh Ashra..hehehe

    Company tu bukan Mel punya actually Hubby punya, tapi selepas kahwin ni, banyak perancangan dan usaha kami buat sama-sama, jadi Mel dengan sendiri men'declare' jadi company kami. Hahaha

    Alhamdullilah, rezeki rumah pun dapat diperoleh tahun 2011. Mungkin tiada rezeki menimbang anak, tapi rezeki dalam bentuk lain datang ke kita kan? We never know.

    Mel doakan semua kawan-kawan yang sedang mengandung, TTC atau tak pun akan menghadapi 2012 dengan kegembiraan, ketenangan dan bak kata Ashra, kenangan manis buat kita semua. AMIN~

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...Seronok tengok Mel gembira...InsyaAllah, pelangi itu akan terus menyinari hidup mel dan suami...Apapun doakan min pulak ye ada dedek-dedek selepas 1 tahun @ setahun setengah ni..hehe...

    Ermmm, rumah pertama, husband min dok ajak pi beli, konon2 nak berjiran ngan kawan dia, sampai sudah tak pegi..ntah ada lagi ke tidaknya rumah yang masih available tu..

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe