Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Alhamdullilah


Assalammualaikum,


Mel baru dapat Internet connection dan laptop untuk update blog. Rinduuu nya nak update all the time macam dulu, tapi sekarang ni amat-amat sibuk dengan tuntutan kerja.

Mel sebenarnya nap share sesuatu bersama-sama rakan blog yang lain tentang sesuatu.

Agaknya, kalau mana-mana yang ikut perkembangan (ada ke yang follow..hehe) blog Mel yang selalunya menceritakan tentang perjalanan TTC Mel, mesti hairan kenapa tak ada update lagi sampai sekarang.

Ini adalah disebabkan..

sebab..

Kan Mel ni sukaaa sangat nak main dengan UPT. Belum missed period pun suka nak pee on the stick. Haritu, esoknya sepatutnya missed period..


I cannot believe my eyes tapi perkataan pertama Mel ialah, alhamdullilah! Tapi sebab Mel ada pengalaman kurang bank beberapa bulan lepas, Mel nak kena cuba dengan UPT Clear Blue (sebab masih terkejut dan kurang percaya). Dulu masa Mel keguguran, line biru kat UPT Clear Blue sangat kurang jelas dan kabur.

Tapi..

Syukur sangat sebab line biru tu terang macam UPT dengan baby angel Aqeel dulu. Harap-harap kali ini Mel dan suami berkesempatan menimang cahaya mata yang satu ini.

Mel hanya berani post mengenai ini selepas check dengan Doktor Pakar dan tengok sendiri yang baby ada heartbeat. Alhamdullilah, setakat ini semuanya OK. Rakan-rakan semua doakan ya.

Mel dan suami beri nama panggilan Dedek-Dedek kepada baby ini, sebab Hubby cakap mana tau dapat twins. Hahaha. Tapi haritu scan memang seorang saja. Satu pun cukup buat hati ini terang dengan harapan lagi.

Mel sentiasa doakan rakan-rakan lain yang tengah berusaha menimang cahaya mata untuk dipercepatkan rezeki oleh Allah s.w.t. Itu memang doa Mel selalu. Sebab Mel sangat yakin yang Mama-Mama Angels lain doakan Mel juga. Terima kasih ya!

Ada masa lagi nanti, Mel nak update kisah lucu Mel register Buku Pink. Menangis tak berhenti-henti kat klinik! Huuuu~

MamaAqeel heppi!
QuickEdit

You Might Also Like

19 comments:

  1. Tahniah dear. Alhamdulillah.
    Dah ada heart beat means dah more than 8w kan?

    ReplyDelete
  2. Aah dah 9 weeks, lupa pula letak dalam post. syukur..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, i'm so happy for u...Rasa lega bila tau mel pregnent lagi...Take care darling, banyak2 bacakan doa nabi yunus, ayat kursi setiap kali selesai solat..

    "Ya Allah,peliharalah adik Abang Aqeel selama ia berada di dalam kandungan ibunya dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit"

    "Ya Allah, zahirkanlah adik Abang Aqeel ke dunia dengan mudah dan selamat"

    "Ya Allah, Engkau perelokkanlah kejadian adik Abang Aqeel yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu"

    "Ya Allah, anugerahkanlah adik Abang Aqeel kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal"

    ReplyDelete
  4. syukurrrr mel.alhamdulilah.begenang aek mata kmk aie cos i know how hard uve been thru.mek doa mudahan semua selamat.jaga dirik k :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah Mel, mek dpt predict dh thru status kitak lm Fb, Alhamdulillah..semoga dimudahkan semuanya dengan selamat, inshaAllah :-) doakan yg TTC juak k. Take care Mel.

    ReplyDelete
  6. congrats mel..
    keep praying and praying k?

    saya pun,sdari awal sampai la ke harini,tiap2 hari doa,mudahan panjang umur,mudahan sihat dilahirkan...

    bukan mudah melalui 9 bulan.tipulah kalu saya kata saya hepi sepanjang masa.saya sebenarnya menyembunyikan rasa fobia,takut..semua tu terbayang2 terngiang..kadang mengalir airmata.

    but,we (husband/wife) need to be strong.keep talking on positive side..
    kitaorang ni,siap awal2 dulu da cari list nama tau! physiology la kononnya..hehe.the more we talk at the bright side,the strong we gonna be...insyaallah..

    will pray 4 u k?and the rest of our frens...mudahan,pengganti tuk kita semua akan sebaya tahun 2012.amin....

    ReplyDelete
  7. typo error *physiology* to psychology

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah & tahniah utk ktk 2. t.care k..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah. termakbul juak doa kitak. am really happy to hear the good news. take care k.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah.take care mel.:))

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah... termakbul juak doa kita semua di blog tok.. tahniah... jaga dirik bait2 k. I'm so happy for u!

    ReplyDelete
  12. Congrats Mel. So happy for you :))
    Jaga diri baik2 k :)))

    ReplyDelete
  13. tahniah sis.. saya pon suke main dengn UPT gak.. mana tak nye.. baru 9 hari kawen dah beli UPT n testtttt.. hahahhahaha kompom laa negatif... pastu seminggu lepas tu sehari sebelum peyed bli lagi.. test lagi.. -ve laa jugak.. sejam lepas test terus peyed,... hahahhaha padan muke... tp baru beli yg murah2 dip n tell je.. hihihi.. congrats again sis... happy for u.. sure bby aqeel pon happy nk dapat dedek.. ^__^

    ReplyDelete
  14. Thanks kawan2 syg..love u all. Harap semua doakan Mel k. Mel pun sentiasa doakan kawan2 semua.

    Sue - Best kan main2 upt, rasa macam saspen nak tengok result. Tapi membazir la..kena tahan diri. Huuuu

    ReplyDelete
  15. Tahniah Mel, Jaga diri dan kandungan baik-baik ye.Mudah-mudahan Allah pelihara kandungan ni hingga selamat melahirkan.Kak yana nak tumpang happy boleh?

    ReplyDelete
  16. Tahniah Mel.. at last. Alhamdulillah. Moga semuanya selamat..

    ReplyDelete
  17. Congrats mel! turn mek gk pastok. doa2kan kmk juak.

    ReplyDelete
  18. Kak Yana: Mestilah boleh tumpang gembira. Harap2 lepas ni Kak Yana pun join sekaki untuk rainbow baby.

    Neeza & Kak Sue: Thanks darlings. Sik lamak gik kitak Kak Sue. Mudahan masin mulut kamek. Amin

    ReplyDelete
  19. tahniah dear..moga selamat semuanya..

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe