Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

MamaAqeel Selsema :(


Assalammualaikum,


Mel sekarang ni on sick leave. Padahal cuti dah panjang kan, 3 hari cuti Xmas dan hujung minggu. Weekend lepas bandaraya Kuching hujan tak berhenti. Kami dah takut mana tau banjir. Alhamdullilah, sistem perparitan perumahan ni dah diperbaiki. Kalau tahun-tahun lepas, mesti banjir masuk rumah.

Nak dijadikan cerita, Mel dah tak sedap badan mulai hari Ahad, tapi semalam selsema makin menjadi-jadi. Malam tadi tak dapat nak tidur nyenyak sangat sebab hidung dua-dua tersumbat. Macam mana tu? Huhuhu


Image: www.google.com

Mel sangat risau kalau demam atau selsema, kan sekarang tengah pregnantkan Dedek-Dedek. Harap Dedek-Dedek tetap selesa dalam rahim Mama ye.

Mel berusaha makan banyak-banyak buah oren sebab nak dapatkan Vitamin C. Makan supplement Vitamin C, pastu minum air suam banyak-banyak. Tak kisahlah kalau kena pergi tandas banyak-banyak kali. Semua ini pesanan kawan Mel, seorang doktor. Dia cakap kalau boleh tingkatkan imunisasi dulu, baru makan ubat.

Tapi pagi ini tadi, bila nak bangun, kepala berat semacam. Daripada selsema, badan Mel panas. Cakap kat Hubby nak pergi jumpa doktor. Doktor cakap, amalkan minum madu untuk legakan batuk dan demam. Dia bagi ubat selsema dan demam, makan jika perlu je dia cakap. Mel sampai rumah pun tenung je ubat-ubat tu. Cuba cara natural dulu la kan? Jom minum bergelen-gelen air! Hehehe

Tak ada isi kan post Mel kali ni? Saja jer nak membebel.


Hidung MamaAqeel masih tersumbat! Wuuu~
QuickEdit

You Might Also Like

2 comments:

Follow @mamamelshoppe