Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Perjuangan Seorang Ibu


Assalammualaikum,


Beberapa hari ini Mel memang sedih sangat. Ada seorang fellow PTD, kawan kepada kawan Mel, iaitu senior Mel, telah meninggal dunia selepas komplikasi selepas bersalin. Tentang details about what happened, Mel tak tahu. Ada baca daripada blog rakan-rakan arwah, tapi tak payah la Mel mengulas di sini.

Apa yang Mel tahu, semestinya ibu itu dijanjikan syurga kerana mati syahid ketika melahirkan anaknya. Mel doakan yang baby yang dilahirkan pun di dalam keadaan yang sihat sebab rakan Mel memberitahu yang baby tersebut di dalam keadaan 50-50. Ya Allah, besarnya dugaan yang kau berikan kepada keluarga itu.

Mel dah tak tau nak tulis apa. Betul-betul sedih, sebab terkenang kisah kehilangan Aqeel. Tapi ada orang lain yang lebih besar dugaan mereka. Ya Allah, kau berikan syurga kepada ibu yang mempertarungkan nyawa melahirkan anaknya dan kau selamatkan anaknya itu, supaya dapat menjadi bukti cinta, amanat kepada ayahnya. AMIN~


MamaAqeel sedih sangat (T_T)
QuickEdit

You Might Also Like

No comments

Post a Comment

Follow @mamamelshoppe