Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Alahai 'Trauma'


Assalammualaikum,


Hari ini Mel ada appointment dengan Doktor Pakar, untuk check progress Dedek-Dedek. Boleh tak satu hari ini Mel nervous nak jumpa Doktor, sebab risau nak gi scan. Kenapa ya? Macam masih trauma ke?

Sebab takut Doktor cakap, "Ini jantung baby, tak berdegup, maknanya.." (tak sanggup nak taip, faham-faham sendiri la)

Mel pun Whatsapp Hubby dan kongsikan perasaan.

Nasib baik ada Encik Abang yang sentiasa tahu nak cakap apa dekat isteri dia. Mel kena positif sentiasa. Kan kan?

Jadi petang tadi, temujanji dengan doktor pukul 3. Nak dijadikan cerita, doktor tak masuk-masuk lagi sampai pukul 4.15. Rasa nak menangis tunggu lama sangat. Tapi akhirnya giliran kami pun sampai. Doktor tak cakap banyak, dia hanya tanya perkembangan semua.

Yang Mel debarkan ialah ultrasound scannnnn..

Bila doktor scan, Alhamdullilah nampak Dedek-Dedek tengah bergerak-gerak, sebab kena kacau dengan doktor. Doktor tekan sikit sebab nak tunjuk heartbeat. Alhamdullilah, syukur sangat. Hubby pun senyum kat Mel. Geram sebab tunggu lama tadi pun dah tak ingat sebab tau Dedek-Dedek OK.

Lepas scan, doktor amik tekanan darah. Doktor tanya, kenapa meningkat tekanan darah ni? Berdebar ke? Mel jawab, memang berdebar Doktor setiap kali nak scan. Mesti dia faham kenapa kan.

Diharapkan 'trauma' Mel ini akan berkurangan dan Mel boleh enjoy this pregnancy 100%. Tapi itulah, I am not as naive as before. Dulu masa 1st pregnancy bukan tau apa-apa pun. Apa-apa pun kita serah semuanya pada ketentuan yang Allah tetapkan. Yang penting kita dah usaha, berdoa dan akhirnya tawakal.


MamaAqeel macam merepek je kan? Huuu~
QuickEdit

You Might Also Like

2 comments:

  1. Mesti kak yana pun akan rasa perasaan yg sama seperti Mel nanti.Tentunya bagi kita yg pernah merasai kehilangan akan rasa lamanya perjalanan selama 40 minggu ni.Yang penting Mel harus happy selalu.Kak yana setuju sangat2 dgn Mel, untuk kandungan kali ni kita serahkan semuanya pada Allah.Jika DIA izinkan anak ini utk bersama kita Insyaallah segalanya akan berjalan lancar.Tentu Kak Yana pun akan rasa nervous setiap kali nak scan nanti.

    ReplyDelete
  2. Mel dan yana,

    tell you,sepanjang mengandung ni mmg kan nebes,fobia..bila da rasa baby gerak nanti,kalu baby tgh tido pun,kita leh nangis tau..tau2 air mata mengalir je tengah2 malam...

    but we need to be strong..cakap dan doa kan baby hari2..panjang umur.insyaallah,baby akan ceria aktif bergerak dan kita pun kurang risau bila die tengah rehat2 dalam perut...

    mudahan k..
    perjalanan 9 bulan kali ni pasti ada rezkinya.
    Allah maha pengasih dan penyayang..

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe