Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Ticker Menunjukkan Sudah 11 Bulan Berlalu


Assalammualaikum,


Mel kadang-kadang rasa blog ini dan rakan-rakan follower blog Mel yang sudi membaca post Mel adalah tempat Mel boleh luahkan perasaan. Sebab kalau nak bercerita dengan orang lain di sekeliling, terasa amat sukar, kekok, mungkin tidak semena-mena Mel boleh menangis dengan pantas kalau membuka cerita tentang baby angel Aqeel.

Mel terperasan di ticker Mel yang ia menunjukkan sudah 11 bulan 1 hari sudah berlalu. Tadi Mel borak dengan adik bongsu Mel, Anum (yang birthday dia sama dengan baby angel Aqeel) yang tak lama lagi birthday dia, dan tak lama lagi my baby boy dah sepatutnya setahun.

Sayu je rasa hati ini mengenangkan, dah Mel yang degil sangat ni saja pergi membaca pengalaman-pengalaman ibu bersalin (Mel terbaca sebenarnya) di Facebook. Seperti menambah garam, cuka, cili dan pasir ke luka, sekarang Mel tak dapat menahan air mata. Terkenang kembali semua kisah-kisah lalu yang hampir setahun telah berlaku.

Encik Hubby tak ada di rumah, kalau dia ada mesti dia marah isteri dia yang congek ini suka layan perasaan sedih.

Nak buat macam mana, Mel rinduuuuuuuuu sangat dengan Aqeel. Ya Allah, kau kuatkan hati hamba-Mu yang lemah ini.

Okaylah, Mel nak pergi layan perasaan. Cuba paksa diri tidur. Harap kalau boleh baby angel Aqeel muncul dalam mimpi Mama nya malam ni. Amin


MamaAqeel still feels down sometimes
QuickEdit

You Might Also Like

3 comments:

  1. Mel..takpe, Aqeel pun nak dapat adik lagi.Insyaallah..moga anak kedua ni menjadi penawar rindu Mel pada Aqeel.Anak kak yana pun hari ni genap 7 bulan bersemadi di SANA.Moga mereka semua sentiasa berbahagia dan gembira.So..kita pun kena happy untuk mereka juga.

    ReplyDelete
  2. Mel,ceria2kan diri..bg aura positif pd becoming Baby.Mcm sy dlu, selalu bimbang, risau , takut dan sedih..yerlah, fobia msh ada bila ingat pngalaman mylittle angel dilahirkan, lemas & hlg sekelip mata.sekali tgk hdp,then lpstu dh tiada.huhuuhu

    Then skrg Adik Arwah ---Baby Hannah dia kerap nangis, cpt tersentuh (kena peluk2 dlu tau kalo nk bg susu if kita trlwt), tkleh bising2..agak2nya sbb sy dlu emosi sedih jer time preggy.

    So Mel, ceria2kan diri...kuatkan hati,baby nk membesar dlm rahim Mel dia perlukan kekuatan dr Mel..Mel, sy selalu bisik2 kat Hannah yg dia ada kakak, kakak kat syurga,Adik kena jd anak solehah, jgn selalu nangis ..tetiba je dia snyum tgh tido...indahnya....dan syukur skrg dh krg meragam..ujian ALLAH utk kita semua dlm pelbgai bentuk...Mel mesti kuat & Mel mmg kuat

    ReplyDelete
  3. Kak Yana dan Maz: Terima kasih atas kata nasihat tu. Mel paling risau kalau adik Aqeel akan jadi baby yang moody sebab Mama nya time pregnant dia selalu moody dan menangis. Bila ingat macam tu, cepat2 je happykan diri balik. Tapi ada juga masa Mel kalah.

    Tapi kita kan insan-insan terpilih untuk mengharungi semua ni, dugaan manusia ni lain-lain kan. Yang penting, baby-baby kita yang di syurga dan gembira dan sedang menunggu kita.

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe