Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Tabahlah Hati Jika Diuji


Assalammualaikum,


Rasa dah lama tak menulis di dalam blog ini, maaf ya kalau siapa-siapa rasa Mel dah kurang update blog. Hari ini Mel cuti, sebab tak sihat. Pinggang sakit dan batuk menjadi-jadi. Oleh tu, ambil keputusan rehat di rumah supaya tidak melarat.

Mel nak kongsi yang bulan Februari ini memang bukan bulan yang Mel gemar. Untuk makluman, semalam tarikh 14 Februari pada tahun 2011, adalah tarikh Doktor Pakar sahkan jantung baby Aqeel tidak berdegup lagi. Hari yang paling gelap Mel rasakan di dalam hidup ini. Tapi, selepas setahun Mel rasa sangat berbeza daripada mula-mula kejadian. Sekarang ini, Alhamdullilah Mel rasa lebih dekat kepada Allah. Memang benar, dugaan yang diberikan kepada kita adalah tanda yang Tuhan sayangkan kita, dan mahu kita lebih dekat kepada-Nya. Wallahualam.

Untuk makluman, semalam Mel dapat tahu yang baby salah seorang rakan baik Mel yang baru berusia sebulan dimasukkan di dalam Wad CCU. Memang Mel sangat terkejut dengan berita tersebut. Mel datang kerja terus pergi melawat rakan Mel di Hospital. Menurut rakan Mel, baby dia terkena jangkitan paru-paru. Sedih sangat sebab tengok baby dipasang wayar banyak-banyak dan mesin besar untuk membantu dia bernafas. Ya Allah, Kau sembuh baby itu dan Kau kuatkan hati ibu dan bapanya mengharungi dugaan ini. Kawan Mel itu beritahu yang kalau dia rasa betul-betul down, dia akan ingat akan Mel dan betapa kuat Mel mengharungi dugaan yang diberikan sebelum ini. Yang dapat Mel beritahu dia ialah semua orang diberi dugaan di dalam banyak cara, yang penting berdoa kepada Allah untuk yang terbaik.

Dalam Mel kesedihan mengenangkan baby kawan Mel itu, malam semalam Mel perasan di wall FB yang salah seorang adik junior di Sekolah Menengah dulu pun kehilangan anak sulung nya. Mungkin rakan-rakan tahun kes baby tersedak susu di Hospital Sultanah Aminah di Johor. Ya Allah tak sangka ibu nya adalah orang yang Mel kenal. Cepat-cepat Mel beri kata semangat kepada dia dan beritahu yang kalau dia perlukan orang untuk berbicara, boleh PM Mel bila-bila masa.

Memang sedih sangat bila dalam satu hari dapat tahu berita-berita macam ni, dicampur lagi kenangan kepada baby Aqeel.

Mel doakan yang Allah tabahkan hati dan perasaan semua ibu dan bapa yang diuji dengan kehilangan anak atau menjaga anak yang sakit. Sesungguhnya semua ini adalah rahsia Allah. Kita sebagai hamba-Nya yang lemah tidak boleh menghalang dan menukar ketentuan Allah.

Dah! Dah! Tamau sedih-sedih. Hidup mesti positif, ceria dan yakin dengan janji Allah. Hadapi hidup dengan senyumannnn. Hehehe


MamaAqeel wants to see Ashra's baby!
QuickEdit

You Might Also Like

3 comments:

  1. Sik kamek kenal sapa junior kita ya Mel. Tedah lok. Hope the couple stays strong.

    ReplyDelete
  2. btul mel.
    allah datang kan ujian dan rezki pelbagai carakan.
    mudahan kita tabah dan sntiasa bsyukur.

    owh,yang dlm paper tu kwn mel ke.memang ada tbaca.sedih sungguh! rasa kecewa dgn pihak spital.

    papepun,mudahan kwn2 mel setabah mel.insyaallah

    ReplyDelete
  3. mel..junior thn ne ya? pa mek x knl o. ada mek bc berita ya. sian ada jak.

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe