Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Mac 2012 Telah Berlalu


Assalammualaikum.


Adoii, kenapa Mel malas sangat nak update blog ni. Hari ini Cuti Umum di Sarawak sempena Good Friday. LOVE long weekend like this! Dapat la ambil peluang nak update blog.

Sekarang ni baby bump Mel memang dah nampak besar, Dedek-Dedek baru je 26w, Alhamdullilah. Sebab tu kot penat sangat, kalau sampai rumah je lepas kerja, rehat-rehat, solat Maghrib - Isya', tengok TV sejam selepas tu mesti dah tidur.

Tentang bulan Mac, banyak events sebenarnya yang terjadi pada bulan Mac ni.



Yang paling top ialah pada 20 Mac 2012: ulangtahun perkahwinan Mel dan Hubby yang kedua! Alhamdullilah, syukur kepada Allah kerana masih mengekalkan jodoh, rasa kasih sayang, hormat-menghormati di antara kami berdua. Mel doakan jodoh kami berkekalan sehingga hujung hayat kami. Amin.

Tentang celebration, Hubby bawa makan buffet dinner di Pullman Hotel, Kuching. Bawa Si Boyot makan buffet, memang tak dapat makan banyak la kan. Tapi syukur banyak juga pilihan makanan. Special occasion, sekali sekala tak apa la. Thanks Abang Sayang!

Pada 24 Mac 2012 ialah genap 4 tahun Mel dalam perkhidmatan awam. Baru sekejap rasanya. Bersyukur lagi, rezeki daripada Allah, kerajaan naikkan gaji 13%. Duit yang dapat tunggakan itu nanti memang untuk Dedek-Dedek. Nak beli apa, kita tengok la nanti. Tunggu Dedek-Dedek lahir dulu ya.

Mel dan Hubby memang tak beli apa-apa pun buat Dedek-Dedek sebab barang-barang Abang Aqeel dia memang dah complete. Nanti Mel kena basuh dulu semua baju-baju dan barang-barang yang lain. Semua ini rezeki Dedek-Dedek.

Mel dan Hubby ingatkan yang rumah kami boleh siap sebelum Dedek-Dedek lahir, tapi nampaknya masih in progress. Rasanya hujung tahun nanti baru siap sepenuhnya. Tak apa la, memang tak perlu cepat pun. Mel masih nak manja-manja duduk rumah Mami. Huwaa, nanti kalau dah pindah siapa nak masakkan lauk sedap-sedap. Takpa, lambat-lambat pindah pun OK juga. Hehehe

Oh ya, bulan Mac juga Hubby dapat berita baik. Dia dapat buka satu lagi branch kedai dia, FD Express di Plaza Astana, Kuching. Branch ini akan buat fast printing. Tahniah kepada Encik Hubby, tercapai juga impian nak buka kedai kedua. Alhamdullilah. Sekarang ini masih dalam proses renovation. Agaknya beroperasi tengah bulan April ni.

Setakat ini, life is treating us well. Thanks ya Allah, kerana hanya di-Kau yang memberi kurnia rezeki semua ini. Mel berharap yang Dedek-Dedek sihat membesar di dalam rahim, terpelihara kesihatan, diberikan paras rupa yang baik, ditetapkan iman terhadap Islam dan menjadi anak yang soleh (atau solehah, we never know kan?). AMIN.


MamaAqeel feels happy
QuickEdit

You Might Also Like

No comments

Post a Comment

Follow @mamamelshoppe