Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Merajuk Tak Jadi


Assalammualaikum,


Mel belum dapat tidur lagi, jadi saja nak coretkan kisah lucu (bagi Mel la) yang jadi pada malam ni.

Hari ini dari pagi sampai petang, Mel kena masuk meeting back to back di mana Mel merupakan urusetia/setiausaha. Kena la catit minit dan bentangkan maklum balas mesyuarat. Nak dijadikan cerita, minum pagi memang disediakan iaitu mee goreng dan kueh tapi Mel tak dapat nak makan punnn..sebab kan tengah bentangkan maklum balas sambil ahli-ahli mesyuarat lain makan dan minum. Grrr..geram je.

To make things worst, meeting habis dalam pukul 1.15 tengah hari dan kena sambung balik pada pukul 2.15 tengah hari, Mel kena bentangkan satu lagi perbentangan pukul 2.15 nanti dan kena update sikit laporan, maknanya sepanjang masa rehat pun Mel kena siapkan kerja dan tak makan! Nasib baik pagi tadi heavy breakfast dan Mel ada bekal susu coklet Dutch Lady.

Sebenarnya, Mel just nak describe betapa laparnya Mel bila dah selesai semua urusan mesyuarat tu, dan selepas kerja Mel ajak Hubby makan 'lunch'. Dapatla Mel makan keowtiau sup dan beberapa cucuk sate.

OK, sebagai ibu yang dah mengandung 7 bulan memang logikla cepat lapar kan.

Hubby tak balik lagi dari kedai dia, dan Mel pun SMS minta belikan burger around selepas Isya'. Tapiiii, SMS itu tak delivered dan Mel cuba call Hubby berkali-kali dan tak dapat get thru. Nampaknya HP dia habis battery la tu.

Jadi harapan Mel nak makan burger yang diidamkan amat tipis. Bila Hubby balik, Mel dah masuk tidur sebab malas nak melayan rasa lapar. (Ibu mengandung yang lain, jangan ikut perangai ini ok, sian kat baby. Huhu). Tapi terbangun la dan cakap tadi Mel cari dia tadi dan ada minta belikan burger.

Mel pun sambung cuba tidur balik, tapi sebenarnya kannnn, Mel menangis tanpa bunyi di sebalik bantal-bantal. Ntah apa-apa kan, tak dapat burger pun nak nangis. Tapi, Dedek-Dedek pun tendang-tendang dengan kuat mungkin sebab dia lapar. Makin la Mel sedih. At the end, Mel tertidur juga.

Selepas sejam kot tertidur, Mel terjaga sebab nekad kena juga cari makanan di dapur. Dedek-Dedek tendang memang tak berhenti. Masa Mel bangun, Hubby kat bilik air, tengah mandi agaknya. Mel terus gi masak telur goreng dan makan dengan nasi dan kicap. Jadilaaa. Kena juga makan demi anakku dalam rahim ni.

Baru Mel nak makan, Hubby turun dan cakap dia ada belikan burger tadi, ada kat atas. Haaa! Boleh Mel tak perasan yang dia keluar balik dan beli burger. Hahahahaha. Bertuah punya isteri, konon-konon merajuk dan makan nasi dan telur goreng saja. At the end, Mel kena habiskan nasi dan kemudian burger yang diidamkan itu.

Oleh itu, sekarang Mel sangat kenyang, alhamdullilah dan senyum sorang-sorang mengenangkan betapa childish nya perangai. Sentitif sangat! Kalau la Hubby tau yang Mel nangis diam-diam sebelah dia tadi, mau dia gelak atau marah atau pelik dengan Mel. Tapi agaknya, kalau dia tak belikan burger, mesti Mel sambung merajuk sampai pagi (bwek).


To Abg, if you are reading this: Thank you sebab selalu sanggup layan request kamek yang pelik-pelik, perangey mengada-ngada dan manjak kamek. Love you!


MamaAqeel nang ngegeh!


QuickEdit

You Might Also Like

1 comment:

Follow @mamamelshoppe