Assalammualaikum,
Mel tadi terfikir nak ucap Selamat Hari Ibu kepada my Mami di FB. Mami Mel seorang pengguna FB yang tegar, jadi lebih baik wish dia di FB ;)

Image: Google
Dalam masa yang sama, Mel pun mengingatkan diri sendiri yang Mel pun seorang Mama kepada baby angel Aqeel dan Dedek-Dedek yang masih di dalam rahim ini. I'm still a Mama although I don't have any child in my arms but fortunately one is in my womb. Alhamdullilah.
Sejak tadi Mel tak dapat berhenti mengalirkan air mata mengenangkan pengalaman Mel setakat ini. I think once a while, I need to shed some tears. Rindu sangat dengan anak sulung Mel. Malas la nak fikir yang Aqeel sepatutnya 1 tahun berapa bulan, dah sepatutnya besar mana, Aduh, buat hati Mel luluh. Kan sekarang ni dah tak boleh berhenti nangis T_T
Anyway, di bawah ini adalah ucapan Mel untuk Mami tersayang di FB.
"Selamat Hari Ibu kepada semua ibu dan saya mendoakan kepada rakan-rakan yang masih menunggu untuk menjadi seorang ibu agar dikurniakan rezeki cahaya mata. Saya telah merasa kehilangan anak, tempoh berusaha untuk mendapatkan anak (trying to conceive) dan kini menunggu tiba masanya untuk melahirkan anak kedua. Semua ini telah menyedarkan betapa besarnya sayang dan cinta saya kepada ibu saya sendiri. Selamat Hari Ibu kepada Mami yang tersayang.. Moga sentiasa dilindungi Allah, diberkati rezeki, dipelihara kesihatan dan dipermudahan di dalam semua urusan di dunia dan akhirat. AMIN. <3 <3"
Mel sentiasa mendoakan agar mana-mana isteri yang tengah berusaha untuk dapatkan cahaya mata sendiri untuk dimurahkan rezeki dan dapat baby cepat-cepat. AMIN
Mami Mel sekarang berada di KL bersama dengan si kecik Anum, pergi shopping-shopping. Jadi hari ini Mel dan suami akan bawa ibu mertua Mel pergi makan sedap-sedap. Tiap-tiap Ahad memang bawa dia jalan-jalan dan makan sedap-sedap pun sebab kami dapat balik sana hari Ahad saja.
Boleh tak minta hadiah daripada Hubby ek? Dah 2 kali mengandung ni. Hehehe
MamaAqeel Loves Her Mom So Much!!
Mel!
ReplyDeleteRindu sama mel..
Selamat hari ibu..buat mel san rakan2 senagkatan kita..
Mudahan kalian semua selamat melahirkan nanti K..
Jap je masa berlalu kan..mel da pun nak masuk 8 bulan....
Insyaallah sesama kita doa k
Ashra! Mesti Ashra sibuk dengan baby boy Aaron yang comel tu kan. Itulah dah masuk 8 bulan. Cepat masa berlalu. Terima kasih. Harap semua selamat melahirkan nanti. AMIN
ReplyDeletekak mel, selamat hari ibu jugak..pasal mintak hadiah dgn suami, boleh kot..minta lah, heheheh
ReplyDelete