Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Bulan Jun Sudah Menjelma


Assalammualaikum,


Tak sangka kan, sekarang ni dah masuk bulan Jun. Setelah beberapa lama Mel menunggu bulan Jun, akhirnya menjelma juga. Kita semua pun hampir mengharungi setengah tahun 2012. Kenapa Mel tunggu-tunggu sangat bulan Jun? Sebab 38 weeks jatuh pada 30 Jun 2012. 

Sekarang ini Mel dah 34 weeks pregnant. Jeng jeng jeng. Perut dah memboyot sangat dan badan pun dah membesar dengan jayanya. Semua ini Mel tak kisah, asalkan Dedek-Dedek sihat saja di dalam rahim Mamanya.

Tadi Mel baca entry Adlie, dia dah 38 weeks. Bila-bila masa saja lagi untuk Adlie. Eyy seronok dan tak sabar nak tunggu dan tengok Rainbow Baby dia. Mel doakan yang terbaik buat dia.

Untuk makluman, Doktor Pakar sarankan yang Mel akan di'induce' semasa 38 minggu kalau masih tak bersalin. Tapi Mel harap-harap la yang Allah makbulkan doa Mel agar Mel dapat bersalin sebelum di'induce'. Moga Dedek-Dedek sudilah keluar awal sehari dua sebelum kena induce. Hehehe

Hari ini merupakan Cuti Umum di Sarawak sehingga Isnin nanti. So, it's a long weekend for me! Mel nak rehat sepuas-puasnya! Tapi sebenarnya esok ialah Majlis Persandingan adik Mel, Aizuddin dan pasangannya Sheila di Miri. Hangus macam tu saja tiket Mel dan Hubby sebab dah tak boleh travel. Tak apa, minggu depan majlis di Kuching pula. Mel mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Aizuddin & Sheila dan moga jodoh mereka kekal ke hujung hayat.

Okayla, Mel nak start masak. Hahaha. Cuti panjang sikit ni nak practice jadi surirumah berjaya. 


MamaAqeel is MamaDedekDedek. Can't wait! <3


QuickEdit

You Might Also Like

2 comments:

  1. Mel, selamat bercuti..rehat cukup2 k..Take care...Min doakan dedek-dedek dan mel sentiasa sihat dan selamat...

    ReplyDelete
  2. Mel, kenak doktor sarankan induce? Hmmm... sakit ya... Harap-harap sik payah laa.. Moga semua berjalan lancar dan selamat...

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe