Theme Layout

Boxed or Wide or Framed

Theme Translation

Display Featured Slider

Featured Slider Styles

Display Trending Posts

Display Instagram Footer

Dark or Light Style

Dah Buat Keputusan: Set Berpantang


Assalammualaikum,


Hahahaha. Dah berhari-hari Mel buat perkiraan dan berfikir untuk pilih Set Berpantang yang paling sesuai dengan Mel. Sebabnya Mel kali ini betul-betul dan menjaga diri sendiri dengan ketat dan cemerlang sebab selepas dua kehamilan badan Mel ni betul-betul naik. Tambahan Mel sangat mengelat semasa pantang baby Aqeel. 

Tambahan pula, seperti post Mel yang lepas, (sila klik di sini) Mel memang tak boleh tahan dengan ubat kampung yang betul-betul 'pure' dan 'original'. Memang kuat hati dan perasaan orang dulu-dulu kan. Mak mertua Mel cerita yang dulu dia habiskan satu tin Milo besar air hirup tu. Adoi!! Tak boleh bayangkan!

Sebenarnya, Mel dah mula buat pembacaan tentang berpantang ni semasa pantang kali pertama dulu dan sangat tertarik dengan puan punya blog ni - Ice. Tambahan pula ramai yang beri komen yang positif mengenai Set Berpantang NR.

Tapi kan, kalau kawan-kawan semua nak tahu, Set Herbanika Bersalin NR tu tak cukup nak digunakan lebih dari 30 hari. Dahla 'pricey' sikit, tapi Mel nak guna juga dan cari cara terbaik untuk maksimumkan keberkesanan berpantang pada kali ini. Oleh itu, selepas banyak bertanya dengan Ice (rajin dia melayan Mel..hehe), Mel buat keputusan untuk tidak membeli satu set lengkap tapi buat pembelian secara 'loose' atau berasingan untuk cukupkan tempoh 60 hari. Wah, bersemangatnya! 

Jadi, untuk menyenangkan proses membuat keputusan, Mel sediakan lagi satu jadual seperti ini:

SET HERBANIKA BERSALIN NR
Item
Set Bersalin Asal
Catatan
Pembelian Mel
Pil Herba
Phytonatal 90 biji
Dalam panduan, sehari kena makan 3 biji. Jadi kalau 90 biji saja, boleh bertahan 30 hari saja. Phytonatal ni ramai yang ‘highly recommended’ sebab boleh buat kita lawas dan turunkan berat.
Phytonatal 180 biji
Nak teruskan makan sampai 2 bulan. Hoho, jangan ngelat ya Mel.
Rebusan Herba
Akar herbanika 15 peket
1 peket boleh direbus 2-3 kali. Tapi untuk keberkesanan lebih, kena buat pekat-pekat sikit. Maknanya tak cukupla 15 peket untuk 2 bulan kan.
Juga ‘highly recommended’ untuk banyakkan susu dan buang ‘water retention’.
Akar Herbanika 30 peket
Nak teruskan minum sampai 2 bulan atau sampai habis. Kena disiplin tidak terhingga untuk habiskan semua ni.
Minyak Panas
Minyak herbanika 130 ml
Pun item yang sangat ‘highly recommended’ dan boleh mengantikan param dan pilis untuk elakkan angin jahat. Ramai yang cakap kena beli ‘extra’ sebab 130 ml tak cukup masa berpantang.
Minyak Herbanika 260ml
Dapat la pakai dengan selesa dan tak payah berjimat-jimat. Kalau habis dan rasa serasi bolehla beli lagi kan.
Barut
Krim Herbanika Barut 60ml
Herbanika Barut (Serbuk) 150g
Yang krim senangla nak pakai sebab tak payah bancuh. Yang serbuk kena bancuh dengan Minyak Berubat NR Ada perasaan yang tidak akan berbarut guna yang serbuk sebab leceh dan kotor.
Krim Herbanika Barut 60ml
Mel beli yang krim saja lah, sebab senang nak guna. Sapu Minyak Herbanika dulu, lepas tu sapu Krim Barut sebelum berbengkung.
Pencuci Wanita
Uncang Cuci Herbanika 15 peket
Uncang Cuci ni kena rebus dengan air suam/panas baru guna untuk cebok. Adoi, jadi satu hal nak merebus-rebus. Lagipun, ‘recommended’ guna Barra Gel NR instead.
Barra Gel NR 200ml
Guna je macam pembersih wanita biasa dan cuci bersama air suam. Boleh guna untuk badan juga.
Lulur
Herbanika Lulur 150g
Nak guna Herbanika Lulur ni, kena bancuh dengan air florida. Macam leceh.
Tak beli pun
ITEM NR LAIN YANG DIBELI
Phytox 30 biji
Tiada dalam Set Bersalin NR
Phytox ni Ice bagitau untuk dimakan semasa pantang 30-45 hari (penutup pantang). Untuk kecutkan kembali rahim, keluarkan lebihan darah nifas dan mengelakkan ketumbuhan dalam rahim.
Phytox 30 biji
Minyak Berubat Herba 130ml
Tiada dalam Set Bersalin NR
Untuk digunakan secara menyeluruh, dan boleh digunakan untuk urut baby juga.
Minyak Berubat Herba 130ml

Nu3med 160ml
Tiada dalam Set Bersalin NR
Membekal tenaga dan menghangatkan badan untuk ibu-ibu selepas bersalin serta memulihkan luka dan tisu rosak untuk wanita yang menjalani pembedahan bersalin. Makan 1-2 sudu sehari mengikut keperluan.
Nu3med 160ml
ITEM LAIN YANG DIBELI SELAIN NR
Minyak Bayi
Amway Tropical Herbs
Ramai yang sangat syorkan minyak bayi ini. Hampir-hampir pilih set Amway TH sebab minyak bayi ni, jadi baik beli berasingan.
2 botol Minyak Bayi Amway Tropical Herbs 60 ml

*Nota: Mel bukanya agent NR ya. Bukan juga nak promosi produk NR secara spesifik. Hanya nak kongsi pendapat/pengalaman sebab mungkin boleh membantu bakal-bakal ibu yang lain untuk buat keputusan.

Harap-harap pembelian Mel ini akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kenapa Mel semangat sangat nak buat post macam ni? Hmm, agaknya nak membakar semangat diri sendiri untuk betul-betul berazam berpantang dan berusaha untuk menurunkan berat sebanyak yang mungkin. 

Disamping berpantang dengan herba tradisional, Mel juga percaya dengan supplement tambahan dan juga dah beli Set Pantang Shaklee yang mengandungi Vita-Lea, Vitamin C, B-Complex, Zinc Complex dan Ostematrix (Kalsium). Agent Shaklee Mel bagitau, jangan makan Alfafa dulu sebab takut baby alah. Selepas habis pantang, boleh teruskan mengambil Set Penyusuan untuk maksimakan susu badan. 

*Nota: Mel juga bukan agent Shaklee ya. 

Disamping berazam untuk berpantang secara ketat, Mel juga bercita-cita untuk 'fully breastfeed (BF) Dedek-Dedek nanti insyaAllah. Kalau boleh buat secara berperingkat, cuba fully BF selama 6 bulan, kemudian setahun dan secara ideal 2 tahun. Mudahan dimurahkan rezeki oleh Allah untuk mempunyai susu badan yang banyak nanti. AMIN.

Okayla, nanti tunggu saja post mengenai perjalanan Mel berpantang dan fully BF ya. Mel pegang pepatah, orang yang gagal merancang ialah orang yang merancang untuk gagal! Yeah!

Mama will do anything for you Dedek-Dedek! The best that I can do! 

MamaAqeel/MamaDedek-Dedek obviously hype! 
QuickEdit

You Might Also Like

3 comments:

  1. Nak 'Like' jugak lah..leh tak? Muahaha...Erm, bab minyak tu, sangat bersetuju, sebab min dulu walau dah ada minyak herbanika sebelum bersalin (ada suku botol lagi bakinya) plus sebotol minyak herbanika baru, plus minyak mustajab sebotol (beli mustajab plan utk baby, dah takde baby min campurkan dgn herbanika), tapi masih x cukup..Last week pantang terpaksa topup dgn minyak afiat yg baunya, blh la, tp best lagi bau myk herbanika..(cheewah, panjang plk komen i nih...hehe...)

    ReplyDelete
  2. Mel, last confinement make set NR, tapi yg bagus cuma minyak herbanika.. nak lain2 ya kmk sik brapa la.. tapi mb depend pada sorg2 la.. xhal, mudahan mujur joros jak kata org tua mel.. banyak2 doa k.. ;)

    ReplyDelete
  3. Memang terpulang dengan keserasian masing-masing. Mudahan serasi la produk NR dengan Mel. Bukan apa, daripada tak pakai lansung apa-apa sebab tak larat dengan ubat kampung. Hehehe

    Minyak Herbanika ni kalau betul-betul bagus bolehla beli lagi nanti.

    ReplyDelete

Follow @mamamelshoppe